Seorang budak lelaki bernama Afiq Ho tular dikecam di Twitter yang menunjukkan beliau terpaksa duduk di tepi ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya untuk mendapatkan capaian internet yang laju dipercayai bahaya kerana keadaan di sekeliling amatlah sunyi.
Diberitahu oleh pak cik kepada adik Afiq Ho beliau yang dikenali sebagai “@AimanPaku” (nama akaun Twitter) capaian internetnya di rumah tidak cukup laju untuk menghadiri kelas yang dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Maka dengan itu, adik Afiq Ho mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah beliau dan duduk di tepi jalan untuk meneruskan pembelajarannya seperti biasa dan ditemani dengan pak cik saudaranya. Maklumat daripada pakcik sedara beliau, adik Afiq Ho hanya keluar rumah untuk melihat semula rakaman pembelajaran yang telah diberikan oleh cikgu beliau.
Gambar: menunjukkan adik Afiq Ho yang sedang menumpukan sepenuh perhatian ketika
PdPR berlangsung di tepi ladang kelapa sawit berdekatan dengan rumahnya.
Selain itu, adik Afiq Ho juga keluar rumah dan duduk di tepi jalan ladang kelapa sawit apabila beliau dikehendaki untuk menghadiri kelas secara dalam talian. Ini disebabkan beliau mahu dengar apa yang cikgu beliau ajar dengan jelas supaya mudah difahami.
Semoga jihad berjuang adik Afiq Ho dalam menimba ilmu dapat dijadikan contoh untuk murid-murid diluar sana.
Untuk pengetahuan semua, sebelum artikel ini dikeluarkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menghubungi “@AimanPaku” (pak cik sedara kepada adik Afiq Ho) untuk datang dan selidik capaian internet di kawasan rumah adik Afiq Ho untuk bertujuan membuat penambahbaikan untuk line internet disana.
Gambar: menunjukkan pandangan daripada Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman merupakan ahli parlimen Muar yang merasakan kerajaan tidak memberi jalan untuk pelajar menghadiri PdPR dengan lancar.
Kerajaan menyuruh sistem pendidikan untuk melakukan PdPR tetapi dimanakah kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada pelajar khususnya yang betul-betul memerlukan bantuan untuk menghadiri kelas PDPR secara dalam talian. Sampai sekarang isu laptop tidak dipandang serius.
Bagaimana anak muda pada era globisasi ini ingin menambah ilmu pembelajaran mereka sekiranya tiada penyelesaian untuk perkara yang sebegini ?
Sumber gambar adik Afiq Ho: daripada akaun Twitter @AimanPaku
Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
Email NextStepMalaysia: [email protected]