Realtime website trackingweb stats

Boleh semak ‘peluru’ untuk Palestin di sini, mufti pun dah suruh boikot syarikat sokong pengganas

Oleh SHAZLIN AZIZ

Rakyat negara ini boleh melakukan semakan untuk tahu jenama apa yang diibaratkan ‘peluru’ untuk membunuh rakyat Palestin sesuai dengan saranan mufti supaya boikot barangan sokong pengganas.

Platform https://bdnaash.com/ mengenal pasti dan memudahkan carian kepada maklumat mengenai syarikat yang menyokong pendudukan haram Israel di Palestin.

Carian Nextstep Maalaysia mendapati produk keluaran syarikat McDonald’s, Pizza Hut, Nestle, Nike serta Marks & Spencer antara jenama yang menyokong kekejaman ke atas rakyat Palestin.

Malah, aplikasi Waze juga dinyatakan sebagai jenama yang menyokong pendudukan haram Israel.

Boleh semak 'peluru' untuk Palestin di sini, mufti pun dah suruh boikot syarikat sokong pengganas

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru rakyat Malaysia supaya memboikot semua syarikat atau produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel.

Tegasnya, terdapat juga syarikat atau restoran yang menderma makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Setakat ini rakyat beberapa negara sudah mengambil tindakan memboikot restoran berkenaan termasuk Arab Saudi, Mesir, Lubnan dan Kuwait.

Boleh semak 'peluru' untuk Palestin di sini, mufti pun dah suruh boikot syarikat sokong pengganas

“Amerika Syarikat perlu ‘disedarkan’ supaya menghentikan dasar ‘double standard’ yang dipraktikkannya selama ini,” kata Wan Salim.

Tambahnya, AS menyokong Republik Ukraine menentang Russia tetapi di Palestin menyebelahi Israel dan membantu pula menyerang rakyat yang berjuang mengembalikan hak serta negara mereka selepas dirampas rejim itu sejak 1948.

Baca:

Kecoh lelaki berjalan tengah laut, ada bot pula jemput, kalau ingat Geografi tak terkejut pun

Kecoh lelaki berjalan tengah laut, ada bot pula jemput, kalau ingat Geografi tak terkejut pun

Bukan suka-suka suruh masak sampai pecah minyak, tapi masih ramai tak tahu fakta sains disebalik nasihat itu, ini penjelasannya