Realtime website trackingweb stats

Baru tahu ini fungsi sebenar butang ini dalam kereta, boleh sejukkan kereta tengah panas dengan cepat!

Oleh NURAIMAN

Kenderaan yang diparkir di bawah sinaran matahari akan mengumpulkan haba seperti di dalam ketuhar.

Ini pasti menjadi cabaran yang sukar bagi pemilik kereta untuk memulakan pemanduan terutamanya pada waktu tengah hari dengan kepanasan yang terik.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok oleh Azbi Centre, petua berguna dikongsikan bagi memastikan sistem penyaman udara

kereta dapat menyejukkan ruang kenderaan dengan lebih cepat dalam keadaan begini.

Cara yang mudah ialah dengan mengaktifkan satu butang pada panel kereta yang mengawal lubang pengudaraan berhampiran cermin hadapan.

Baru tahu ini fungsi sebenar butang ini dalam kereta, boleh sejukkan kereta tengah panas dengan cepat!

Azbi menerangkan bahawa apabila butang ini diaktifkan, angin sejuk dari sistem penyaman udara akan dihalakan terus ke arah cermin hadapan.

“Langkah pertama selepas memasuki kereta yang terparkir di bawah panas, ubah arah penghawa dingin dari menghala ke badan kenderaan untuk mengalihkannya ke arah cermin hadapan.

“Tidak perlu risau tentang kelajuan penghawa dingin. Biarkan sebentar, beberapa minit cukup, kemudian boleh tukar semula kepada tetapan biasa.

“Tujuannya adalah untuk menghilangkan haba yang terperangkap di cermin hadapan kereta. Tip ini dapat membantu menyejukkan kereta anda dengan lebih efisien,” jelas Azbi.

Selain itu, fungsi serupa boleh digunakan ketika awal pagi untuk menghilangkan kabus pada cermin hadapan.

“Kabus pagi boleh hilang dengan cepat apabila dikenakan angin sejuk dari dalam. Ini dapat meningkatkan keselesaan semasa memandu,” tambah Azbi.

BACA: Individu ini perjelas situasi sebenar bila kata Isi minyak ‘full tank’ merugikan?