Bahan mentah seperti ikan, daging, dan ayam perlu disimpan dalam peti sejuk di rumah untuk mendapatkan protein yang wajib.
Tetapi, masalah biasa yang dihadapi oleh para suri rumah ialah kesegaran bahan-bahan tersebut tidak kekal lama.
Ini tentunya membuatkan para ibu berasa bimbang kerana makanan yang disediakan mungkin tidak segar dan ini boleh mempengaruhi rasa hidangan kepada keluarga.
Tetapi jangan risau, terdapat petua mudah yang boleh diamalkan untuk memastikan ayam tetap segar seperti baru dibeli di pasar.
Mengikut Yani Hardinata Hairuddin, yang memiliki ladang dan penternak ayam, dalam perkongsian beliau di Facebook, langkah ini boleh membantu ayam kekal segar selama dua hingga tiga hari.
Asingkan bahagia kaki, hati, pedal daripada daging ayam.
Potong ayam mengikut kesesuaian lauk yang bakal digunakan.
Lumur daging dengan campuran air dan garam.
Bilas ayam menggunakan air yang bersih.
Toskan ayam daripada lebihan air.
Masukkan ke dalam bekas jenis kedap udara.
Letak di tempat yang sejuk beku.
Alihkan ayam pada bahagian chiller dalam tempoh 24 jam sebelum digunakan.
Dengan kaedah ini anda boleh mengekalkan kesegaran ayam seperti baru dibeli pada hari tersebut.
Baca:
Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?
Ini respon selepas tular ‘screenshot’ NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah ‘penat’?
‘Kalau you curang i pun boleh’, gelagat sekumpulan anak muda ini mengundang sindiran netizen