Realtime website trackingweb stats

Selepas tular bangunan ‘berhantu’ untuk FRU menginap hari mengundi, polis anggap wujud salah faham

Oleh ADINDA

Selepas tular bangunan ‘berhantu’ untuk FRU menginap hari mengundi, polis anggap wujud salah faham.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan video tular berhubung lokasi kediaman uzur yang bakal menjadi penempatan sementara Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk penugasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Sabtu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata video berkenaan adalah salah faham anggota FRU dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Video itu ditularkan oleh seorang pegawai yang menyangkakan mereka akan ditempatkan di kawasan berkenaan yang kelihatan usang dan tidak terurus tanpa mempunyai kelengkapan.

“Namun sebenarnya pasukan dari Terup 1 C, FRU itu akan ditempatkan di sebuah berek baharu di Balai Polis Pelabuhan Klang.

“Seorang pegawai polis dari Balai Polis berkenaan pula terkhilaf menunjukkan bangunan usang itu sedangkan lokasi sebenar adalah di berek baharu,” katanya dalam satu sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Razarudin berkata pegawai yang menularkan video berkenaan menerusi aplikasi Tik Tok seharusnya mendapatkan pengesahan dari pegawai atasannya terlebih dahulu dan bukannya mengadu menerusi media sosial.

“Namun bagi saya perkara ini adalah satu kekhilafan dan saya anggap ianya sudah selesai,” katanya.

Video berdurasi 1.14 minit itu mula tersebar sejak tengah hari tadi melalui perkongsian WhatsApp.

Baca:

Rupanya ini Chong Wei cakap sampai isteri menangis teresak-esak

Bahana pengasuh berjiwa binatang, rupanya ini sebab bapa tak sanggup lihat rakaman CCTV

Dilimpahi lebih 10 juta orang, bandar paling tercemar di dunia rupanya tidak jauh dari Malaysia