Realtime website trackingweb stats

10 makanan yang sihat untuk mata, bukan ‘cheese’ leleh ya, nombor 5 tu ramai pandang remeh

Oleh SHAZLIN AZIZ

Mata yang sihat datan daripada pengambilan makanan yang seimbang lagi menyihatkan bukannya trend ‘cheese’ leleh yang merosakkan.

Masalah mata bukannya berpunca secara total akibat peningkatan usia seperti anggapan banyak pihak melainkan bergantung kepada gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Sama seperti anggota badan lain, mata juga memerlukan pemakanan khusus bagi mengekalkan fungsi retina dan kesihatan mata yang menyeluruh.

10 makanan yang sihat untuk mata, bukan 'cheese' leleh ya, nombor 5 tu ramai pandang remeh

Pengambilan makanan yang betul mengandungi nutrisi seimbang amat penting supaya mata kekal sihat.

Ini senarai 10 makanan yang perlu dimasukkan dalam diet anda untuk kesihatan mata seperti dikongsikan Edison Institute of Nutrition:

1. IKAN

Kebanyakan ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik. Memilih ikan berminyak boleh memberikan tahap nutrien yang lebih tinggi lagi.

Ikan yang memiliki omega-3 tinggi termasuk salmon, trout, dan makarel. Beberapa kajian mencadangkan asid lemak omega-3 boleh membantu melindungi mata dewasa daripada degenerasi makula dan sindrom mata kering.

Asid lemak juga boleh membantu pengaliran cecair intraokular yang betul dari mata, mengurangkan risiko tekanan mata tinggi dan glaukoma. Minyak hati ikan kod juga sangat tinggi dalam vitamin A dan D.

Vitamin A membantu melindungi permukaan mata (kornea) untuk mendapatkan penglihatan yang baik.

2.KEKACANG

Makanan ringan yang sihat ini juga mengandungi paras omega-3 yang tinggi.

Kacang, mengandungi banyak vitamin E yang boleh membantu melindungi mata anda daripada kerosakan akibat penuaan.

Kacang terbaik termasuk walnut mentah, gajus dan lentil yang dimasak.

3.BIJIAN

Bijian juga mengandungi omega-3 dan vitamin E yang tinggi.

Chia, rami, labu, bunga matahari dan biji rami adalah sumber yang paling banyak.

4.BUAH SITRUS

Buah sitrus mengandungi tahap vitamin C yang tinggi.

Ini adalah antioksidan yang disyorkan untuk membantu mengelakkan kerosakan yang berkaitan dengan usia. Lemon, oren, dan limau antara sumber terbaik.

5.SAYUR HIJAU BERDAUN

Sayur ini kaya dengan zeaxanthin, lutein, beta karotena dan juga vitamin C yang bermanfaat.

Bayam dan kangkung adalah pilihan yang sangat baik.

6.LOBAK MERAH

Lobak merah mengandungi beta-karotena yang bertukar kepada vitamin A dalam badan.

Vitamin A adalah penting untuk penglihatan kerana ia adalah komponen rhodopsin.

Ia sejenis protein yang membantu retina anda menyerap cahaya. Beta-karotena diperlukan badan anda untuk menghasilkan vitamin A.

7.KELEDEK

Ubi keledek kaya dengan beta-karotena selain sumber vitamin E yang baik.

8.DAGING LEMBU

Daging lembu mengandungi tahap zink yang tinggi, membantu meningkatkan kesihatan mata jangka panjang.

Makanan ini juga boleh membantu melambatkan kehilangan penglihatan serta degenerasi makula akibat penuaan.

Ayam juga mengandungi zink, tetapi dalam tahap yang lebih rendah daripada daging lembu.

9.TELUR

Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin sama seperti sayur-sayuran berdaun yang boleh membantu mengurangkan risiko kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan usia.
Ia juga mempunyai sumber terbaik untuk vitamin C, E dan A serta zink.

10. AIR

Minum air yang mencukupi boleh mengelakkan dehidrasi yang seterusnya boleh membantu mengurangkan gejala mata kering.

Tapi minum air putihlah bukannya air manis nanti dapat pula kencing manis.

Baca:

20 ‘checklist’ untuk beribadah dalam bulan Ramadan, ini dari Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Pasang CCTV cepat denda siapa yang buang sampah, keadaan teruk Sungai Klang tak patut dibiar

Tak perlu minyak! Proses masak ikan singgang tida renyah jika ikut cara ini