Memandu pada waktu malam mungkin menjadi pilihan sesetengah pemandu kerana mereka tidak perlu berdepan dengan cuaca panas pada siang hari dan juga dapat menghindari kesesakan jalan raya.
Namun, memandu pada waktu malam memiliki perbezaan tersendiri berbanding waktu siang kerana jarak penglihatan yang terhad, meningkatkan risiko kemalangan.
Pemandu pada waktu malam bergantung sepenuhnya pada lampu jalan, lampu kereta, dan lampu kenderaan lain.
Tanpa pencahayaan yang mencukupi, penglihatan pemandu menjadi terbatas, mempengaruhi kemampuan pemanduan dengan baik.
Ini beberapa tips berguna untuk memandu pada waktu malam demi keselamatan diri dan pengguna jalan lain.
Tips Memandu pada Waktu Malam:
1. Periksa Headlamp
Sebelum memandu pada waktu malam, pastikan lampu utama hadapan (headlamp) kereta berfungsi dengan baik.
Pastikan kedudukan lampu hadapan sesuai dan cukup terang.
Kedudukan lampu yang terlalu rendah atau tinggi boleh mengurangkan penglihatan dan meningkatkan risiko kemalangan.
2. Pakai Pakaian Berwarna Terang
Pilih pakaian berwarna cerah untuk memudahkan pemandu lain melihat anda, terutamanya dalam situasi kecemasan.
Pakaian berwarna cerah membantu mengurangkan risiko kemalangan dan memudahkan pengenalan oleh petugas kecemasan.
3. Jangan Memandu dalam Keadaan Mengantuk
Jika mengantuk, berhenti di stesen minyak atau pusat rehat untuk berehat sebentar.
Memandu dalam keadaan mengantuk boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan lain.
4. Gunakan Lampu Tinggi dengan Bijak
Pastikan menggunakan lampu tinggi pada waktu yang sesuai, matikan lampu tinggi apabila ada kenderaan dari arah bertentangan.
Hal ini untuk mengelakkan silau yang dapat mengganggu pemandu lain.
5. Berehat Setiap 2 Jam
Jika perjalanan jauh, berhenti setiap dua jam untuk berehat, mengambil angin segar, dan merenggangkan badan.
Ini membantu menjaga fokus dan menghindari keletihan yang dapat menyebabkan kemalangan.
6. Elak Memandu Sendirian
Ajak kawan atau seseorang sebagai teman perjalanan untuk mengurangkan kebosanan dan menghilangkan rasa mengantuk.
Berbual dengan teman dapat menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan dan selamat.
7. Pandu dengan Berhati-Hati
Sentiasa berhati-hati dan amalkan sikap bertimbang rasa, tidak kira waktu pemanduan.
Ikuti tips-tips ini terutamanya jika anda seorang pemandu baru.
Pandu selamat, jiwa selamat.
Baca:
Boleh sewa payung RM2, tak perlu risau berhujan naik LRT, bijak bisnes ini
Masuk 5 bulan serangan Gaza, ramai tentera Israel disahkan jadi gila