Realtime website trackingweb stats

Warisan berjaya tuntut 17 daripada 21 tuntutan di dalam Perjanjian Malaysia 1963

Oleh ADINDA

Istiadat pembukaan Persidangan DUN Sabah akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada hari ini Selasa, diikuti persidangan selama dua hari. Dalam hal berkaitan, Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata persidangan DUN kali ini tidak akan diadakan terlalu lama seperti kebiasaannya sejajar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM)

Menurut Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal,17 daripada 21 tuntutan di dalam Perjanjian Malaysia 1963 / MA63 telah berjaya dituntut kurang daripada 2 tahun Warisan dan Pakatan Harapan memerintah sejak tahun 2018.

“Sidang DUN Negeri Sabah yang bermula hari ini sehingga 23 September 2021 nanti akan saya gunakan untuk terus menyuarakan tuntutan-tuntutan dan juga cadangan kepada kerajaan Negeri Sabah supaya manfaat dapat dinikmati oleh rakyat” menurutnya lagi.

Dewan Undangan Negeri Sabah

Dalam masa yang sama, Shafie yang juga Ketua Pembangkang DUN Sabah menuntut dikaji semula SOP yang berat sebelah semasa musim pandemik Covid-19 seperti yang berlaku pada hari ini harus dikaji semula. Sebagai contoh, urusan di bank-bank hanya dibenarkan untuk pelanggan yang telah mendapat suntikan lengkap 2 dos.

“Pada masa ini, penduduk Sabah masih lagi kurang 55% yang telah mendapat suntikan vaksin lengkap 2 dos. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan setiap rakyatnya selamat, dan dalam masa yang SOP ataupun peraturan yang tidak sesuai digunapakai, perlu ditambah baik dan diserasikan dengan keadaan semasa” tambah Shafie.