Tular di media sosial beberapa video yang memaparkan ratusan keping wang kertas yang rosak teruk, dipercayai dimakan anai-anai.
Menurut sumber, wang-wang tersebut adalah milik seorang warga emas yang menyimpannya dalam tin Milo.
Namun, selepas sekian lama, ketika warga emas itu mahu membuka tin tersebut untuk mengira jumlah wang, dia mendapati sebahagian besar wang kertas sudah reput.
“Ada berpuluh-puluh ikat wang kertas RM100, setiap satunya bernilai RM10,000 dalam tin tersebut.
Dianggarkan jumlah keseluruhan wang tersebut hampir mencecah RM300,000,” kata sumber.
Video yang dikongsi menunjukkan jelas kepingan wang bernilai RM100 itu hancur akibat serangan serangga yang hidup dan membiak dalam tin tersebut.
Netizen pula mencadangkan agar wang-wang tersebut dibawa ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk ditukar kepada wang baru, tetapi sebahagiannya sudah rosak sepenuhnya.
Cara Menukar Duit Rosak di BNM
Kertas yang paling tinggi nilainya adalah duit! Tetapi apabila duit rosak, ramai yang memilih untuk menyimpannya sahaja dan akhirnya mungkin terbuang begitu sahaja. Namun, tidak semua duit rosak hilang nilainya.
Ramai beranggapan duit rosak hanya boleh ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM), sedangkan kita juga boleh menukar duit rosak di bank-bank komersial seperti Maybank, CIMB, dan RHB.
Namun, untuk wang kertas yang rosak teruk seperti terbelah dua, terbakar teruk, atau tidak dapat dibaca denominasi, adalah lebih baik dirujuk kepada BNM.
Kriteria Wang Kertas Rosak
1. Kotor / Lusuh: Kekotoran menyeluruh atau tompokan pada permukaan wang kertas.
Lembik: Lipatan berlebihan yang merosakkan struktur wang kertas.
2. Renyuk: Lipatan yang banyak dan meliputi keseluruhan wang kertas, termasuk pengecutan akibat panas.
3. Conteng: Wang kertas yang mempunyai tulisan, simbol, atau lukisan di permukaannya.
4. Luntur Warna: Luntur warna pada wang kertas akibat basuhan atau bahan kimia.
5. Koyak: Wang kertas yang terkoyak lebih dari 5mm pada mana-mana bahagian.
6. Berlubang: Wang kertas yang mempunyai lubang melebihi 5mm.
7. Ubah Suai: Wang kertas yang dicantum semula dengan pita atau gam.
8. Lipatan Bucu: Lipatan bucu yang tidak boleh dipulihkan, mengurangkan saiz wang kertas lebih dari 5mm.
9. Terbakar / Dimakan Anai-anai: Kerosakan akibat terbakar atau dimakan anai-anai melebihi 5mm.
10. Cantuman Wang Kertas: Wang kertas yang terpisah dan dicantum semula atau dicampur dengan wang kertas lain.
11. Hilang Ciri-ciri Keselamatan: Kehilangan atau kerosakan ciri keselamatan apabila diperiksa secara visual.
Penilaian untuk Nilai Muka Duit Rosak
Wang Kertas Cacat:
Nilai penuh untuk wang kertas melebihi dua pertiga dari saiz asal.
Nilai separuh untuk wang kertas melebihi setengah tetapi kurang dua pertiga dari saiz asal.
Tiada nilai untuk wang kertas kurang dari setengah saiz asal.
Wang Kertas Rosak:
Nilai penuh untuk kerosakan kecil.
Tiada nilai untuk kerosakan yang jelas seperti tanda pada potret Yang di-Pertuan Agong atau tulisan politik.
Duit Syiling Cacat:
Nilai muka diberikan jika syiling tulen, bentuknya dapat dikenali, dan cacat yang tidak disengajakan.
Kes-kes yang Meragukan:
Kes meragukan seperti wang kertas terbakar teruk atau kerosakan yang sukar dinilai hendaklah dirujuk kepada BNM.
BACA: Lagi kaya dari orang kaya dalam Malaysia, ini 3 rahsia Tun Daim ramai tak tahu