Realtime website trackingweb stats

Untung cikgu dia! Murid bagi jambangan ulam-ulaman raih perhatian warga maya

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Terdapat satu trend yang semakin popular kini di mana guru-guru menerima pelbagai hadiah daripada pelajar-pelajar sempena Hari Guru.

Sempena perayaan Hari Guru tahun 2024 yang berlangsung semalam, ramai guru telah berkongsi video yang memaparkan mereka menerima pelbagai hadiah istimewa daripada anak-anak murid.

Walau bagaimanapun, sebuah video yang dikongsikan di TikTok telah menarik perhatian ramai apabila seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Pos Bersih, Slim River, menerima ulam-ulaman yang dihias dalam bentuk jambangan.

Yang menariknya, balutan beberapa helai daun jambangan itu juga merupakan bahan yang boleh dimasak.

Guru tersebut diberikan pelbagai jenis ulam dan bahan masakan seperti bunga kantan, cili padi, pucuk paku, dan pucuk ubi.

Untung cikgu dia Murid bagi jambangan ulam ulaman raih perhatian warga maya

Tambahan pula, ada yang memberi buah-buahan yang ditanam di rumah serta kuali kepada guru tersebut.

Di ruangan komen, ramai netizen menganggap pemberian tersebut sebagai hadiah Hari Guru yang paling bermakna yang pernah mereka saksikan.

Menurut guru itu, hadiah yang diberikan oleh pelajar ini sangat istimewa kerana nilainya amat tinggi.

Walaupun bukanlah barang mewah, kesungguhan pelajar-pelajar sebagai tanda penghargaan kepada guru sangat bererti.

Selain itu, pemberian hadiah ini juga membangkitkan kenangan dalam kalangan beberapa pengguna internet dengan buku teks Bahasa Melayu yang terkenal pada awal tahun 2000, iaitu Antologi Sehijau Warna Daun.

@misaikeli88 Sukanyaaaa kita hikhikhik #hadiahhariguru ♬ Favourite Thing – Yuna

Baca:

Helikopter bawa presiden Iran & pegawai kanan terhempas, belum ada khabar berita

Bau kurang enak tapi resipi sambal udang petai wajib ada dalam menu, sedap menyengat!

Boleh ke ganti santan dengan bahan lain? Mungkin ibu-ibu boleh guna alternatif ini dalam masakan, dijamin sihat!