Siapa tak berang kalau Roti John lebih banyak kobis hingga ‘tenggelam’ ayam atau daging.
Itu dialami seorang pengunjung bazar Ramadan yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial.
Pengguna Facebook, Abdul Hamim mengingatkan peniaga bazar Ramadan supaya jujur berniaga sebaliknya jika tidak, eloklah ‘bungkus’.
Ikuti luahan hati dan kecaman Abdul Hamim yang tular dan menarik perhatian ribuan warganet:
Ni dah musim dia. Bila berniaga hanya sebulan sahaja tapi mengejar untung setahun. Inilah bangsanya..
Jujurlah berniaga. Kalau kata Roti John Ayam letak ayam, kalau kata daging letak daging.
Abang ok je harga RM20 pun ok. Sebab abang biasa lepak kat Subway. Janji sedap dan berbaloi.
Kalau kau jual Roti John Sayur, tulislah Roti John Sayur Kobis, serta Telur. Tidaklah orang marah.
Abang tak bolehlah kalau jenis B40 ni nak berniaga tapi nak achieve macam T20.
Bangsa jenis ni sama dengan bangsa Final Piala Malaysia. Final, baru nampak muka.
Kepada peniaga, jangan buat perangai macam ni. Kau tak jujur, tak sampai sebulan bungkus kedai kau.
Baca:
Sayu hati bapa lihat anak mundar-mandir sendirian tanpa kawan dari sekolah lama
Geli cicak banyak di rumah? Ini cara mudah perangkap guna 2 bahan ini
Bulan puasa tidak menjadi penghalang untuk bersenam, ini 3 waktu terbaik untuk lakukannya