Realtime website trackingweb stats

Trending Keretapi Sarong 2023, ramai kata inilah Malaysia sebenar, baca komen pun dah mengalir air mata

Oleh ADINDA

Trending Keretapi Sarong 2023, ramai kata inilah Malaysia sebenar, baca komen pun dah mengalir air mata.

Hujung minggu lalu sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 telah berlangsung falsh mob ‘Keretapi Sarong 2023’ (KS2023) di Dataran Merdeka.

Program mengangkat nilai etnik dan perpaduan ini telah dihadiri lebih 10,000 orang daripada pelbagai kaum dengan berpakaian tradisional.

Malah ada yang menangis melihat kebersamaan dan keharmonian rakyat berbilang kaum negara ini sehingga ada rakyat dari negara luar melahirkan rasa dengki dengan semangat perpaduan rakyat Malaysia ini.

Berikut antara komen-komen menarik:

@βœ΄πŸ„°πŸ…πŸ„ΈπŸ…‚πŸ…‚πŸ…ˆπŸ„° πŸ…‚πŸ…ƒπŸ…„πŸ„³πŸ„ΈπŸ„Ύβœ΄:Seronok nyaa. ALHAMDULILLAH 🀲.. Mungkin Esok2 keadaan mcm ini xada lgi.

@waning gibbous:bestnye!! Singapore ade tk something similar to this???

@Suhass Decor:Aku smpi sana smpi ternangis weiii..terharu sgt tgk adik2 ank muda bersatu padu 😭πŸ”₯πŸ”₯

@Ewanz Mygenkz:Terbaik perpaduan… rasa aman dan harmoni sekarang ni.. rakyat semua kaum bersatu.. ini mcm barulah πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ i love semangat madani β€οΈπŸ’™

@nora77:Best giler semalam beb walaupun i dah 46y tapi i join sebab balas dendam tahunΒ² lepas x dapat join, sumpah bestπŸ˜πŸ˜πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ» hilang stress makΒ² ni

@mohdkhairy92:We are not just Malaysian citizens, but we are Malaysian family…..

@Politician Buat Kelakar Apa?:The real Hari Malaysia. MALAYSIA NEGARA KITA

@arfdy12: KERETAPI SARONG 23 from my POV. This is how we should celebrate it today!
Appreciate the diverse tapestry of Malaysia’s cultures & traditions on this Malaysia Day
May our unity be a source of strength & progress

@sufianghaffar: Serius best gila Keretapi Sarong, first time pegi.
Semua memang enjoy. Selamat Hari Malaysia semua. #KeretapiSarong23

@biahkarusan: Wake up early to experience this dan sgt
happyyyy rasa harmoninya Malaysiaku!
#KeretapiSarong23

@puteriarc: Exactly one week to #KeretapiSarong23! We had a super fun dry run and literally joget tak sudah at Pentas Seni Merdeka

@azlansons: best gila weh!!! first time merasa. proud to be Malaysian πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

@wanieyyyazhar: Kami tidak kenal pun sesama sendiri malah kami semua datang bersendirian tapi kami boleh cipta kenangan berasama tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Selamat Hari Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Lihat Video

@agaeatskl Selamat Hari Malaysia to all my Malaysian friends! Today, I was reminded how rich and beautiful Malaysia truly is at the #KeretapiSarong event @LOCCO πŸ‡²πŸ‡Ύ #malaysiaday #harimalaysia #selamatharimalaysia #keretapisarong #malaysiadiversity #malaysiatourism #malaysiacelebrations #malaysiatrulyasia #inspiration ♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Latar belakang program:

Lebih dari 10,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum telah bersama-sama mengambil bahagian dalam acara persembahan kilat berkumpulan, ‘Keretapi Sarong 2023’ (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka pada Sabtu yang lepas.

Program yang bertemakan ‘Etnik dan Perpaduan’ ini juga menarik perhatian ramai pelancong asing yang berada di ibu negara dan mereka turut sertai dalam program ini.

Suasana sambutan ini penuh meriah dengan sebahagian besar peserta yang mengenakan pakaian tradisional termasuk kain sarung. Mereka turut bersama-sama menari dan menyanyikan lagu-lagu rakyat serta lagu-lagu berentak irama Malaysia.

Kemeriahan suasana program ini menggambarkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, meninggalkan perbezaan-perbezaan, dan bersama-sama merayakan perpaduan. Perhimpunan ini dapat dilihat di pelbagai stesen tren seperti Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT), dan KL Sentral (LRT).

Penganjur program, iaitu LOCCO, sebuah organisasi yang mempromosikan aktiviti kebudayaan melalui penganjuran Keretapi Sarong sejak tahun 2017, menekankan bahawa program ini tidak hanya berlaku di Kuala Lumpur.

Sebaliknya, ia turut berlangsung serentak di Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Kota Bharu (LaRocka Park, Tunjong Kota Bharu, Kelantan), Ipoh (KTMB Ipoh), dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu). Tambahan pula, sambutan ini turut diadakan di Battersea Power Station di London menurut LOCCO.

Program Keretapi Sarong bermula sebagai inisiatif oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernama Random Alphabet pada tahun 2012 sebelum kemudiannya diambil alih oleh LOCCO pada tahun 2017. Program ini melibatkan ribuan peserta yang menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung, sama ada batik atau pelikat, sebagai seragam utama.

Penganjuran program pada tahun ini telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rapid KL, Air Asia, Bulan Bintang, dan Mr D.I.Y.

Baca:

Video mesra dengan emoji love, caption β€œmusibah dalam nikmat” dedah Farid Kamil dan Diana Danielle dah berbaik semula

Sembelit sampai seminggu boleh hilang nyawa, warga emas ini maut ketika cuba β€˜membuang’

Suri rumah kongsi 4 tips β€˜confirm jadi’ buat rumah sentiasa bersih dan bau wangi, guna barang kat dapur je pun