Lucu pula apabila semacam jadi trend kabur wajah gara-gara kontroversi membabitkan pelakon cantik Ruhainies.
Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang menjemput Ruhainies dalam video publisiti barangan kulit jualannya memilih mengaburkan wajah sendiri.
Yang ‘peliknya’ wajah artis jemputannya itu tidak pula dikaburkan.
Namun, ada pula yang membawang menganggap Aliff sengaja menumpang populariti daripada kisah sensasi kes tangkap khalwat Ruhainies dengan pelakon Aliff Aziz.
Selain itu, barisan penyampai radio segmen 3 Pagi Era juga tidak melepaskan peluang menyertai trend kabur wajah.
Nabil Ahmad dan Radin memilih untuk mengaburkan wajah Azad Jasmin atau Pak Azad dalam sebuah video mereka.
Malah, Pasar Raya Mydin pun sakan ‘membahan’ dengan mengaburkan wajah Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin dalam sebuah video iklan mereka.
Semuanya bermula apabila sebuah jenama produk kecantikan popular semalam mengambil tindakan mengaburkan wajah Ruhainies dalam iklan sempena Ramadan dan Aidilfitri.
Wakil syarikat menegaskan tindakan itu bagi mengelak salah faham.
Syarikat terbabit juga enggan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau terbabit dalam sebarang kontroversi.
Video iklan produk tersebut turut menggabungkan dua selebriti lain iaitu Wany Hasrita dan Hisyam Hamid.
Sebelum ini, heboh ‘drama’ serbuan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), polis malah bomba di kondomonium mewah didiami Ruhainies.
Ruhainies dan Aliff Aziz yang dicekup atas dakwaan khalwat kemudiannya dibawa ke pejabat Jawi.
@mydinmalaysia Nak rasa recipe-recipe daripada influencer macam Hamdan & soya belacan, korang boleh mai Pasar Raya Besar MYDIN berdekatan korang! Bukan tu je ada, lebih 100 menu pilihan untuk juadah berbuka untuk korang beli! #MYDINMalaysia #TikTokMalaysia #BazarRamadan ♬ original sound – Mydin Malaysia
Baca:
Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum
Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar
Tanam sendiri daun bawang ‘confirm’ sedap & manis, boleh petik bila-bila masa