Realtime website trackingweb stats

Tiramisu versi Khairul Aming ini sedap buat dessert berbuka, tak pakai banyak bahan, boleh makan sejuk-sejuk

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Bagi penggemar kopi bolehlah nanti cuba resepi tiramisu ladyfinger oleh pempengaruh Khairul Aming ini.

“Ini versi simple yang senang nak buat dan tak pakai banyak bahan. Boleh makan sejuk-sejuk untuk dessert berbuka atau moreh nanti,” katanya.

Tak perlu ‘baking’, hasilnya nanti sangat sedap dengan rasa kopi dan serbuk koko yang seimbang.

Tiramisu versi Khairul Aming ini sedap buat dessert berbuka, tak pakai banyak bahan, boleh makan sejuk-sejuk

Ada juga yang bertanya, bagaimana kalau tidak mahu guna kopi.

Dah namanya pun tiramisu memang kena guna kopi. Tanpa kopi bukan tiramisu namanya.

Cara-caranya:

1. Ambil 1 kotak kecil whipping cream dan pukul sampai kembang

2. Campurkan 1 cawan gula kastor dan ‘whisk

3. Masukkan 250g cream cheese

4. Ambil 4 sudu kopi instant, campurkan satu cawan air.

5. Celupkan biskut ladyfinger dan letak cream di lapisan pertama.

6. Letakkan lagi ladyfinger kemudian sapu sekali lagi lapisan cream di atasnya.

7. Sapu rata cream dan taburkan serbuk koko.

8. Simpan dalam peti sejuk beberapa jam atau lebih baik dibiar semalaman.

@khairulaming Puasa ke-4 : Tiramisu. Ini versi simple yang senang nak buat dan tak pakai banyak bahan. Boleh makan sejuk-sejuk untuk dessert berbuka atau moreh nanti 🤤 #IftarwithKhairulaming #KongsiSelera #KongsiBersama ♬ original sound – Khairulaming

Baca:

Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum

Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar

Tanam sendiri daun bawang ‘confirm’ sedap & manis, boleh petik bila-bila masa