“Hulu Selangor ni memang banyak jalan berlubang. Tampal hari ni, esok berlubang besar balik.”
Itu antara keluhan penduduk di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung di daerah yang boleh dianggap paling berbahaya buat pengguna jalan raya.
Banyak jalan utama di kawasan terbabit berlubang di sana sini sekaligus mengancam keselamatan pemandu apa lagi penunggang motosikal.
Takkan nak tunggu hilang nyawa, baru nak turap jalan. Itu sebabnya penduduk di kawasan terbabit menggesa pihak berwajib untuk segera membaik pulih beberapa lubang besar yang ada di jalan raya di kawasan tersebut agar perkara tidak diingini dapat dielakkan.
Melalui satu hantaran di Facebook komuniti penduduk Bukit Sentosa Beruntung, satu kemalangan melibatkan dua adik-beradik telah berlaku akibat lubang yang ada di jalan raya di kawasan tersebut.
Jelas seorang penduduk yang menggunakan akaun Md. Rizwan, kejadian di hadapan sebuah restoran terkenal itu merupakan kejadian kerap dan sama berlaku di situ, selama ini.
“Akan ada lagi dan lagi berterusan disebabkan lubang yang bersepah-sepah di atas jalan, semoga dipermudahkan urusan kedua-dua adik ni. Teruk juga cedera dia.
“Kejadian berlaku di hadapan restoran Rahim Bukit Sentosa, terima kasih anggota polis yang turut membantu,” jelas hantaran tersebut.
Dalam pada itu, seorang lagi penduduk mendakwa, selama 25 tahun menetap di situ, pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya dilihat mencabut pokok di sepanjang jalan terlibat dan diganti dengan pokok baharu.
“Selama 25 tahun saya duduk di sini cuma nampak PBT asyik cabut pokok di penghalang jalan dan tanam pokok baru. Cabut balik tanam balik kononya nak cantikkan jalan raya tapi bab keselamatan dia tutup mata.
“Ramai kakitangan PBT tinggal di sini takkan tak nampak jalan berlubang di situ?,” soalnya lagi.
Baca:
Selepas sokong pembunuhan di Gaza, sekolah di Amerika dah mula mahu tubuhkan kelab syaitan
Suhana demam 3 hari gara-gara berpisah dengan Abu – Kambing ‘rosak’ ini siap pakai pampers
Comel tapi sangat bahaya. Jangan biarkan anak tonton 6 rancangan kartun ini!