Seorang individu yang mencipta kandungan dari New York, Amerika Syarikat, mendapat kritikan daripada sebahagian kecil netizen selepas dia mengeluarkan sebuah video ulasan tentang makanan Malaysia.
Dalam video yang dikongsi, wanita tersebut menyatakan bahawa makanan popular seperti apam balik berasal dari China dan jeli kelapa pandan adalah produk Thailand.
“Pertama adalah jeli kepala pandan. Bergelatin dan rasa seperti vanila dan kelapa, berasal dari Thailand.
“Crepe sosej telur dalam balutan nipis dan sosejnya lebih kenyal dan lebih manis berbanding kebiasaan, dari Taiwan.
“Apam balik yang nipis dan rangup seperti lempeng taco mini dengan inti berbeza, juga dari China dan begitu popular di Malaysia,” ujar wanita itu.
“Niat saya bukanlah untuk mengatakan Malaysia tidak mempunyai keaslian, tetapi untuk menonjolkan campuran budaya di Malaysia.” – Pencipta Kandungan Luar Negara
Tambah pula, telur dadar tiram yang dia beli dari sebuah gerai di pasar malam itu juga datang dari China.
“Makanan jalanan menggambarkan aspek kepelbagaian budaya Malaysia… sebab itu makanan jalanan Malaysia istimewa.
“Ini kerana ia menghimpunkan semua item dari serata Asia, sedangkan negara Asia yang lain biasanya ada makanan mereka sendiri sahaja,” ujarnya lagi.
Beberapa pengguna internet dari Malaysia diperhatikan meninggalkan komen di halaman Instagram wanita itu kurang bersetuju terhadap dakwaan yang dibuat.
“Celah mana apam balik dari China?
“Dekat mana la dia Google. Suka hati je claim,” tulis netizen.
Tetapi terdapat juga pengguna internet Malaysia yang menyokong wanita itu kerana apam balik sebenarnya berasal dari China seperti yang didapati dalam carian Google.
“Apam balik memang dari Fujian, China. Dibawa ke Malaysia oleh orang Cina.
“Apam tersebar luar di seluruh Asia Tenggara. Setiap negara ada versi apam mereka. Lain negara, lain nama dan cara masakan,” ujar beberapa netizen lagi.
Wikipedia menyatakan apam balik berasal dari Fujian, China.
Mungkin menu ini diperkenalkan oleh imigran Cina Hokkien pada awal abad ke-19 ketika mereka tiba di Malaysia dan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.
Dalam penjelasan yang diberikan dalam ruang komen, pencipta kandungan tersebut menyatakan bahawa dia tidak bermaksud untuk mengurangkan nilai makanan tempatan, tetapi sekadar berkongsi tentang kepelbagaian budaya di Malaysia.
“Niat saya bukanlah untuk mengatakan Malaysia tidak mempunyai keaslian, tetapi untuk menonjolkan campuran budaya di Malaysia. Memandangkan sejarah perdagangannya yang kaya dan kompleks, Malaysia menonjol dengan kepelbagaian budayanya.
“Mempunyai asal-usul dari negara lain tidak mengurangkan identiti Malaysia, sebaliknya, ia menambah kelainan dan keunikan pada makanan, menjadikan Malaysia sebagai negara yang tersendiri.
“Bagi saya, amat mengagumkan Malaysia boleh mengintegrasikan pelbagai pengaruh budaya dengan lancar sambil mengekalkan identitinya sendiri. Malaysia juga mempunyai makanan mereka yang luar biasa,” jelasnya.
Baca:
Bakal terbang ke England, tapi keadaan anak tukang cuci ini menyedihkan selepas pengsan
Nilai barang seludup ini dah boleh beli rumah sebuah – 840,000 batang rokok dirampas
Inovasi produk elektrik ALSF buka 5.6 juta peluang pekerjaan