Realtime website trackingweb stats

Suri rumah kongsi 4 tips ‘confirm jadi’ buat rumah sentiasa bersih dan bau wangi, guna barang kat dapur je pun

Oleh FATIN AQILAH

Suri rumah kongsi 4 tips ‘confirm jadi’ buat rumah sentiasa bersih dan bau wangi, guna barang kat dapur je pun.

Tips rumah tetap wangi adalah topik yang selalu relevan bagi ramai orang, terutama bagi mereka yang ingin menciptakan suasana yang lebih santai dan menenangkan.

Dalam artikel ini, terdapat beberapa tips berguna tentang bagaimana menjaga rumah anda wangi sepanjang waktu yang dikongsikan oleh seorang surirumah.

Jom wangikan rumah…sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai2. Good luck you all and good luck to me 🤣🤣

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Bahan-Bahan:
-1 penutup pelembut fabrik
-10 cawan air

Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
-1 penutup pencuci lantai
-Cuka
-Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
-1 penutup pelembut fabrik
-Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4.Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
-1 sudu kecil teh soda bikarbonat
-1 sudu teh cuka
-1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba 😊

Sumber : Nik Zainah Muhammad

Baca:

Bawa balik sayur selepas hadiri majlis kahwin, cenderahati sihat tapi ada yang ‘tak kena’

Lelaki berkemban di Keretapi Sarong kena kecam, netizen bimbang acara nanti dipandang serong

Kecoh bahasa diguna pada peta laluan LRT di Pulau Pinang, rupanya ada udang di sebalik batu