Spesies manusia bakal pupus dalam masa 250 juta tahun lagi dan jauh lebih awal jika aktiviti pembakaran bahan api fosil tidak dikekang.
Lapor MailOnline, kajian berdasarkan simulasi komputer oleh pasukan saintis Universiti Bristol itu menyatakan, Bumi berdepan kepupusan sejagat yang juga akan menghapuskan semua hidupan mamalia.
Jika terdapat hidupan di muka Bumi ketika itu sekali pun, ia perlu beradaptasi kepada suhu antara 40 darjah Celsius hingga 70 darjah Celsius, kata mereka.
“Paras karbon dioksida juga dijangka melonjak dua kali ganda berbanding sekarang.
“Manusia bersama spesies mamalia lain akan pupus disebabkan ketidakupayaan untuk mengeluarkan haba melalui peluh bagi menyejukkan badan,” kata penyelidik kanan merangkap ketua kajian tersebut, Dr. Alexander Farnsworth.
Menurutnya, dalam masa 250 juta tahun lagi, semua benua di Bumi akan bercantum untuk membentuk sebuah benua ‘super’ dikenali sebagai Pangea Ultima.
Hasil kajian turut mendapati hanya sekitar lapan hingga 16 peratus daripada tanah di Bumi sesuai untuk didiami spesies mamalia ketika itu, namun kebarangkalian besar bahawa semua spesies tersebut akan pupus.
“Hanya mamalia yang benar-benar unik berpotensi untuk terselamat,” jelas Farnsworth.
Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Nature Geoscience pada 26 April lalu.
Baca:
”Ia terlalu sejuk” – Ratu cantik berdepan detik ngeri & hilang anggota badan ketika daki Puncak Mera
“Kena faham saya…” – Lakonan Fazura terima kecaman, namun lain pula respon empunya diri
“Ingatkan sinki, rupanya…” – Netizen keliru tengok reka bentuk dapur chef ini