Realtime website trackingweb stats

Siapa kata hanya Melayu dengki bila berniaga, rupanya di China siap tabur racun lagi

Oleh ADINDA

Siapa kata hanya Melayu dengki bila berniaga, rupanya di China siap tabur racun lagi. Seorang pemilik kedai runcit di wilayah Zhejiang, timur China ditahan kerana meracuni produk makanan yang dijual oleh premis saingannya sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 10 pelanggan sakit, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP) semalam.

Pemilik kedai itu merupakan seorang lelaki itu dan dia ditahan polis selepas melakukan perbuatan tersebut pada Jun lalu di premis perniagaan saingannya yang terletak bersebelahan serta dimiliki oleh seorang wanita.

Seorang pelanggan dengan nama keluarga Li telah membeli kek daging gulung di kedai wanita itu pada 13 Jun lalu.

Selepas memakan makanan itu, dia dan sembilan pelanggan lain mengalami pening kepala dan muntah.

Li kemudian menghubungi polis dan siasatan mendapati dia dan mangsa lain diracun dengan natrium nitrat.

Bahan kimia industri itu boleh menyebabkan sakit kepala, pening, muntah, pengsan, kesukaran bernafas dan dalam beberapa kes boleh menyebabkan kematian.

Polis mengenal pasti suspek selepas memeriksa rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV) di kedai wanita itu yang dipasangnya.

Baca:

Objek dikesan terbang mirip UFO, ramai pula yang nampak di lokasi berbeza

Misteri batu besar keluar dari dinding rumah Azhar Sulaiman, dah guna pelbagai cara tapi tak pecah

Negara bukan Islam ini ‘rehatkan’ internet 8 jam, Malaysia patut contohi elak kanak-kanak dan remaja rosak