Realtime website trackingweb stats

Siapa kata bilik orang bujang mesti bersepah, pemuda ini kongsi tips kemas dan bersih

Oleh AHMAD ISMAIL

Ruang bilik seorang pemuda yang begitu kemas dengan pakaian tersusun rapi mematikan tanggapan umum bahawa bilik orang bujang mesti bersepah.

Perkongsian anak muda yang mesra disapa Syaiful di media sosial yang memaparkan keadaan bilik sewanya di sebuah kondominium di ibu kota mengundang pujian orang ramai.

Lelaki yang bekerja sebagai supervisor di pusat beli belah Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur itu memberitahu, sejak kecil ibu bapanya di kampung amat menitik beratkan soal kebersihan.

“Saya beli sikit-sikit termasuk mengecatnya sendiri dan menghias mengikut daya kreativiti saya.

“Habislah dalam RM5,000 termasuk membeli almari dan lain-lain dekorasi yang saya beli di Ikea Sportlight, SSF, H&M Home, Kaison dan lain lagi,” dipetik portal Maskulin.

Syaiful berkata, beliau yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik sejak kecil sudah diajar untuk mengemas rumah.

Siapa kata bilik orang bujang mesti bersepah, pemuda ini kongsi tips kemas dan bersih

“Mak dan ayah sentiasa didik kami tentang kebersihan. Kebetulan, bidang kerja saya di bahagian peruncitan.

“Sentiasa kena lipat baju dan sebagainya. Jadi, tata kerja itu saya praktikkan di rumah sewa ini pula,” katanya sambil ketawa.

Di bilik sewanya itu, Syaiful berkata, selang dua atau tiga hari sekali, beliau akan vakum bilik untuk memastikan bilik nampak kemas dan bersih.

Jelasnya, beliau akan segera melipat atau menggantung pakaian dan dilakukan tanpa bertangguh atau dilonggokkan di atas katil.

“Disiplinkan diri. Jadikan rutin. Jangan suka bertangguh untuk buat. Lagi pun bilik tak besar mana pun. Buang sikap malas,” kata beliau.

Baginya, jika pakaian segera dilipat, itu adalah lebih mudah berbanding membiarkannya selonggok.

Pemuda berkenaan turut mengakui tidak pernah menyepahkan pakaian di lantai biliknya.

Sebaliknya, kata Syaiful, semua pakaian kotor akan dimasukkan terus ke dalam bakul tersedia sejurus pulang dari kerja atau bersiar-siar.

“Cara lipatan baju juga penting. Biasanya, kalau t-shirt lengan pendek, saya akan pastikan cara lipatan ialah lambang di depan.

“Ini kerana bila kita nak tarik baju, kita dah tahu ia baju apa. Tak perlu punggah semula, tengok satu-satu. Tarik pun hati-hati, kalau tak terabur.

“Kalau t-shirt lengan panjang pula, sama juga. Begitu juga seluar pendek atau boxer, semua saya susun satu tempat yang sama. Maksudnya, pakaian tak akan bersepah-sepah sebab kita dah letak setempat.

“Paling akhir sekali, kemeja. Saya akan butangkan dari atas sampai bawah termasuk butang lengan bila hanging kemeja tu.

Siapa kata bilik orang bujang mesti bersepah, pemuda ini kongsi tips kemas dan bersih

“Masa nak lipat baru buka balik. Memang nampak susah cara begini tapi sebenarnya ia lebih tersusun kemas tergantung.

“Seluar juga sama, lipat elok-elok barulah bilik akan nampak kemas dan semua pakaian tersusun rapi,” katanya berkongsi tips.

Baca:

Jepun dah catat suhu sangat panas selepas 125 tahun, ini 12 fakta pemanasan global patut kita insafi

Pakar kanak-kanak dedah sisi gelap animasi Cocomelon, rupanya bahaya pada otak anak-anak

Pemuda ucap bye bye kepada hotel ini, dalam ratusan bilik hanya satu bilik ditempah, patutlah murah rupanya…