Realtime website trackingweb stats

Shuib dan pengarah Bubblebee culas bayar caruman Perkeso, berdepan hukuman penjara

Oleh ABDULLAH HAMID

Pelakon dan pelawak, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd, Kho Choon Guan, telah didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada pagi Isnin.

Shuib, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, dan Choo Guan, 33, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan,

Termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun lalu.

Pengakuan bersalah itu dibuat di hadapan Majistret Ameera Mastura.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara dua bulan jika kedua-dua tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan.

Shuib dan pengarah Bubblebee culas bayar caruman Perkeso, berdepan hukuman penjara

Namun, mereka dibenarkan untuk membuat bayaran secara ansuran sebanyak enam kali bagi tunggakan caruman Perkeso tersebut.

Menurut pertuduhan, Bubblebee sebagai majikan utama didakwa atas tiga pertuduhan kerana gagal mencarum kepada Perkeso untuk seorang pekerja lelaki berusia 25 tahun bagi bulan Oktober hingga Disember, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM97.80.

Caruman ini adalah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6 (1) dan (8) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 serta Peraturan 32, Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Selain itu, syarikat tersebut turut menghadapi tiga pertuduhan lain, iaitu gagal membayar caruman keseluruhan sebanyak RM17.40 bagi pekerja dalam tempoh yang sama di bawah Seksyen 18 (1) Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Pendaftaran dan Caruman) 2017.

Kesalahan ini dilakukan di premis syarikat di Taman Industri Alam Perdana, Taman Putra Perdana, Puchong, sekitar pukul 8.30 pagi pada setiap 16 hari bulan antara November tahun lalu hingga Januari lalu.

Shuib dan Choo Guan tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Perkeso Selangor, Nurul Atikah Che Sarif.

Selain itu, syarikat yang diasaskan oleh Shuib itu turut dituduh gagal mematuhi saman di bawah Seksyen 110 (1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, yang kemudian melakukan kesalahan di bawah Seksyen 110 (2) akta yang sama, dengan perbuatan dilakukan di Pejabat Perkeso Selangor sekitar pukul 11 pagi pada 10 Januari lalu.

Jika sabit kesalahan, setiap pertuduhan yang dihadapi oleh syarikat tersebut boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya.

Akibat daripada pertuduhan tersebut, Bubblebee didenda sebanyak RM7,500 bagi setiap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, manakala pertuduhan ingkar saman pula didenda RM2,500. Selain itu, syarikat itu diwajibkan menyerahkan dokumen berkaitan kepada Perkeso pada 20 Disember depan.

BACA: “Amboi, macam mana tahu?” Ruhainies tampil jawab hubungan sebenar dengan Zul Ariffin