Realtime website trackingweb stats

Setelah sekian lama akhirnya dapat juga, ini cara dapat balik akaun Insta yang telah ‘suspend’

Oleh ARIF ABDULLAH

Kecoh semalam apabila ramai pengguna Instagram menghadapi masalah untuk mengakses platform tersebut, dengan beberapa akaun turut disekat.

Oleh itu, ramai yang sedang mencari cara untuk mendapatkan semula akses kepada akaun mereka yang disekat.

Menerusi akaun TikTok @deryandreas, beliau telah berkongsi langkah-langkah untuk mendapatkan semula akaun Instagram yang telah disekat oleh pihak pembangun.

Ikuti tutorial di bawah untuk mengetahui dengan lebih terperinci cara untuk mendapatkan semula akaun anda

Pastikan anda menggunakan peranti Android untuk proses ini.

Setelah sekian lama akhirnya dapat juga, ini cara dapat balik akaun Insta yang telah 'suspend'

Cara mendapatkan semula akaun Instagram yang telah disekat:

1. Pertama sekali, pergi ke menu log masuk di Instagram dan klik pada “Dapatkan bantuan untuk log masuk.”

2. Masukkan username anda pada ruangan yang disediakan dan klik “Seterusnya.”

3. Kemudian, tekan “Perlu bantuan lain.”

4. Pilih untuk melakukan pemulihan akaun sama ada melalui E-mel atau nombor telefon, dan klik “Seterusnya.”

5. Dapatkan kod pengesahan 6-digit yang dihantar ke e-mel atau nombor telefon anda, masukkan kod tersebut ke ruangan yang disediakan dan klik “Sahkan.”

6. Selepas itu, klik “Try another way” untuk log masuk, kemudian klik “Get support.”

7. Pilih pilihan kedua, iaitu jika kod log masuk yang dihantar ke nombor telefon atau e-mel tidak boleh diakses.

8. Pada bahagian “Request Support,” klik “Tidak, saya tidak memiliki foto sendiri di akaun peribadi” dan masukkan alamat e-mel anda untuk menerima bantuan lanjut daripada pihak Instagram.

9. Selepas menerima e-mel balasan daripada Instagram, sediakan maklumat lengkap termasuk sebab tidak boleh log masuk, alamat e-mel, jenis peranti yang digunakan, dan username akaun yang disekat seperti contoh di bawah.

10. Anda akan menerima e-mel seterusnya yang meminta anda mengambil gambar bersama beberapa maklumat peribadi dan kod khas untuk mengesahkan identiti anda. Tulis kod khas dan maklumat peribadi pada kertas, ambil swafoto dan hantarkan kepada mereka.

11. Akhir sekali, anda akan menerima e-mel dengan pautan untuk menetapkan kata laluan baharu. Klik pautan tersebut untuk menambah kata laluan baharu. Selepas itu, log masuk semula dengan kata laluan baharu dan akaun anda sepatutnya sudah boleh diakses.

Setakat ini, pihak Instagram masih berusaha untuk menyelesaikan isu sekatan secara berperingkat. Dengan memaklumkan kepada pihak Instagram, anda mungkin memudahkan mereka dalam mengesan masalah sekatan terhadap akaun peribadi anda.

Instagram telah mengesahkan bahawa pengguna yang tidak melanggar polisi mereka tidak perlu risau mengenai masalah sekatan ini. Walau bagaimanapun, penyelesaian mungkin mengambil masa yang lama. Kongsikan artikel ini supaya lebih ramai pengguna boleh mendapatkan semula akaun IG mereka.