Realtime website trackingweb stats

Sering bawa watak wanita Melayu dalam filem tetapi tampil seksi di media sosial. Rupa-rupanya ini agama sebenar pelakon drama Hijrah Jannah

Oleh ADINDA

Sering bawa watak wanita Melayu dalam filem tetapi tampil seksi di media sosial. Rupa-rupanya ini agama sebenar pelakon drama Hijrah Jannah.

Hijrah Jannah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Remy Ishak, Daniella Sya dan Puteri Sarah Liyana. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara, Astro Ria bermula 5 Jun 2023 menggantikan Isteri Halal.

Salah seorang pelakon menjadi tumpuan netizen apabila muncul dalam filem dengan membawa watak sopan dan lemah lembut tetapi berbeza dengan penampilannya diluar yang kelihatan seksi sehingga menimbulkan keraguaan agamanya.

Lantaran sering membawakan watak wanita Muslim, ramai keliru dengan agama dianuti pelakon Daniella Sya Yeng Yeng ini. Tidak hairan setiap kali bergaya seksi dalam laman Instagram, pasti ada teguran daripada pengikut yang mempertikai penampilannya kerana menyangkakan anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu beragama Islam.

Selesa menjadi diri sendiri, pelakon berusia 35 tahun itu enggan berpura-pura semata-mata mahu memuaskan hati orang lain.

Sering bawa watak wanita Melayu dalam filem tetapi tampil seksi di media sosial. Rupa-rupanya ini agama sebenar pelakon drama Hijrah Jannah.

“Memang sebelum ini pernah terfikir mengenai teguran dalam laman sosial, tetapi saya dinasihati rakan selebriti supaya tidak hipokrit, sebaliknya menjadi diri sendiri.

“Bila difikirkan semula apa dikatakan, betul juga. Kenapa saya perlu berpura-pura hanya ingin menjaga perasaan orang lain.

“Jadi, saya memilih untuk terus menjadi diri sendiri dan tidak perlu merasa takut untuk memuat naik apa sahaja foto dalam laman sosial,” kata pelakon utama drama Hijrah Jannah yang kini sedang bersiaran di slot Tiara, Astro Ria sejak awal Jun lalu.

Sering diberikan kepercayaan membawakan watak wanita Muslim, sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada wanita berbangsa Tiong Hua ini.

Katanya, dia banyak belajar mengenai agama Islam sejak mula aktif dalam dunia lakonan sejak sedekad lalu.

Malah, Daniella yang kini menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka Melayu tidak menolak andai memeluk Islam suatu hari nanti.

“Saya banyak terdedah kepada agama Islam mungkin kerana banyak terbabit dalam drama Melayu. Dalam masa sama, saya juga ada belajar sedikit sebanyak mengenai agama ini.

Sering bawa watak wanita Melayu dalam filem tetapi tampil seksi di media sosial. Rupa-rupanya ini agama sebenar pelakon drama Hijrah Jannah.

“Saya tidak menolak andai satu hari nanti memeluk Islam. Secara kebetulan, saya juga menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu.

“Dia bukanlah orang dalam industri, sebaliknya hanya orang biasa. Saya menyenanginya kerana sangat menghormati saya.

“Cuma perancangan membawa hubungan cinta ke fasa lain belum pernah berbincang lagi,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, mengulas watak wanita mualaf yang terpaksa berpoligami dalam dram Hijrah Jannah, Daniella berkata, ia membuka matanya terhadap konsep poligami.

“Sebelum ini, saya memandang skeptikal pada konsep poligami. Tetapi, selepas menjayakan drama ini sedikit sebanyak mula faham mengenainya.

“Sejujurnya, sebagai bangsa lain, susah juga untuk saya memahami konsep poligami.

“Saya akui sedikit trauma membawakan watak Jannah, tetapi sedar ia hanyalah lakonan . Ia sedikit sebanyak dapat mengikis perasaan itu,” katanya.

Selain Daniella, drama Hijrah Cinta turut dibintangi Remy Ishak, Puteri Sarah Liyana, Ezaidi Aziz, Rahim Jailani, Aida Khalida, Daniel Fong, Angeline Tan, Lisdawati dan ramai lagi.

Daniella memulakan kerjayanya sebagai model pada usia 16 tahun, seterusnya memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Bezanya Cinta pada 2008.