Tikus merupakan haiwan perosak yang sering mengganggu ketenteraman di kawasan rumah.
Kehadiran tikus bukan sahaja menjengkelkan, malah boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan kerosakan harta benda.
Jika tidak diambil langkah pencegahan, tikus boleh terus bermaharajalela dan membiak dengan cepat, menjadikan masalah lebih sukar untuk diatasi.
Bagi anda yang sudah mencuba pelbagai racun perosak dan petua tanpa hasil,
Apa kata cuba tip mudah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @charlesliew74.
Dengan hanya menggunakan tiga bahan asas, anda boleh memastikan tikus tidak lagi berani mendekati rumah anda.
Bahan-Bahan yang Diperlukan:
1. Lingkaran ubat nyamuk
2. Bawang kecil
3. Cuka
Langkah-Langkah:
1. Ambil sekeping lingkaran ubat nyamuk, patah-patahkan menjadi kepingan kecil, dan masukkan ke dalam bekas.
2. Titiskan cuka ke dalam bekas yang mengandungi ubat nyamuk tadi.
3. Hiris bawang kecil hingga halus dan campurkan ke dalam bekas tersebut.
4. Letakkan bekas ini di kawasan yang sering menjadi laluan tikus.
Campuran bau tajam dari ubat nyamuk, cuka, dan bawang kecil akan membuatkan tikus menjauhi kawasan tersebut. Tikus akan mencari tempat lain yang lebih selamat untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan ini.
Alternatif Semula Jadi yang Berkesan
Kaedah ini bukan sahaja berkesan tetapi juga merupakan alternatif semula jadi untuk menghalau tikus tanpa perlu menggunakan bahan kimia berbahaya.
Namun, anda perlu berhati-hati ketika meletakkan campuran ini agar tidak diambil oleh kanak-kanak.
Selamat mencuba!
BACA: KKM pening warga asing liat bayar kos rawatan, cadang ambil deposit macam hospital swasta