Realtime website trackingweb stats

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia

Oleh ADINDA

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia.

Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya.

Masakan-masakan istimewa ini adanya dibawakan dari jauh, melalui perantau dan buruh asing, dan akhirnya menjadi identiti Malaysia apabila orang tempatan mengolah citarasanya untuk selera warga kita.

1.Nasi Lemak, Sambal Lebih Satu!

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya. Masakan-masakan istimewa ini adanya dibawakan dari jauh, melalui perantau dan buruh asing, dan akhirnya menjadi identiti Malaysia apabila orang tempatan mengolah citarasanya untuk selera warga kita.

Nasi lemak ialah makanan Malaysia paling popular, itu faktanya. Ke mana sahaja kita pergi, dari Selatan ke Utara, Timur ke Barat, Sabah dan Sarawak, nasi lemak ada di mana-mana. Nasi lemak merupakan makanan marhaen yang cukup popular kerana ianya bukan sahaja lazat, mudah untuk dinikmati, murah, malah boleh dipadankan dengan apa sahaja lauk mengikut selera masing-masing.

Berbagai gaya orang menyediakan nasi lemak, ada yang kukus, ada yang tanak, ada yang berhalia, ada yang berhalba, tapi yang pasti, nasinya perlu perisa. Sambal nasi lemak juga serupa, tidak ‘kick’ tanpa watak utama yang sempurna. Timun, telur rebus, kacang goreng dan ikan bilis goreng juga elemen sampingan yang perlu ada untuk hidangan nasi lemak. Bercerita tentang nasi lemak di Malaysia ini tidak cukup semuka, yang pasti, inilah makanan terbaik kita.

2. Roti Canai, Kuah Banjir!

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya. Masakan-masakan istimewa ini adanya dibawakan dari jauh, melalui perantau dan buruh asing, dan akhirnya menjadi identiti Malaysia apabila orang tempatan mengolah citarasanya untuk selera warga kita.

Roti canai dikatakan dibawa oleh buruh India yang berhijrah ke Tanah Melayu dari daerah Tamil Nadu (Chennai) yang berhijrah ke Tanah Melayu pada satu ketika dahulu. Kerana itulah diberi nama roti “Canai”. Tetapi, ada juga yang sangsi dengan kisah Chennai itu kerana pada pendapat mereka canai juga bermaksud uli dalam bahasa Melayu dan roti ini memang memerlukan proses mencana!

“Canai” juga mungkin berasal dari “chana” iaitu hidangan India Utara yang mempunyai kacang dalam kuah dan dimakan dengan jenis roti leper sebegini. Walau apa pun hujahnya, semua orang setuju yang roti canai ini asalnya dari India dan sekarang roti canai telah menjadi makanan orang Malaysia sepanjang hari. Dari sarapan membawa ke supper, pesanan ‘roti canai satu!’ itu biasa di Malaysia.

3.Nasi Ayam, Sup & Sambal Mau Extra!

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya. Masakan-masakan istimewa ini adanya dibawakan dari jauh, melalui perantau dan buruh asing, dan akhirnya menjadi identiti Malaysia apabila orang tempatan mengolah citarasanya untuk selera warga kita.

Nasi ayam juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan semuanya bermula dengan Nasi Ayam Hainan. Menurut sejarah, Nasi Ayam Hainan ini berasal dari Pulau Hainan di China dan mula diperkenalkan di Malaysia pada awal abad ke-20 oleh perantau dari Hainan, China. Nasi Ayam Hainan yang asli ialah hidangan ayam rebus yang dipadankan dengan nasi beraroma, dan dihidangkan dengan halia kisar, kicap pekat dan sos cili.

Setelah melalui perubahan zaman dan asimilasi dengan penduduk tempatan, nasi ayam kemudiannya berevolusi untuk menampilkan ayam yang digoreng, dipanggang dan dibakar, dan ada juga yang disalut dengan sos barbecue and sebagainya untuk menepati citarasa warga Malaysia. Sekarang, nasi ayam dijual di mana-mana sahaja. Asalkan ada nasi berperisa sup ayam, ayam, sup, kicap, sos cili, timun dan tomato, ianya digelar Nasi Ayam.

4.Kuetiau Goreng, Taruk Kerang!

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya. Masakan-masakan istimewa ini adanya dibawakan dari jauh, melalui perantau dan buruh asing, dan akhirnya menjadi identiti Malaysia apabila orang tempatan mengolah citarasanya untuk selera warga kita.

Kway Teow atau ejaan Melayu rasminya ‘kuetiau’ ialah mi leper yang dibuat daripada tepung beras. Char kuetiau, sebutan ‘cha-gway tee-ow’ ialah hidangan kuetiau yang digoreng di dalam api besar dan menghasilkan kesan ‘char’/hangus pada mi tadi. Hidangan cha kuetiau biasa menggabungkan taugeh, telur, kucai, cili dan kicap sahaja. Untuk cha kuetiau lebih mewah, ada yang memasukkan udang besar, isi ketam, dan kerang ke dalamnya.

Masakan ini bermula dari budaya Teochew, kaum Cina yang berasal dari wilayah Chaozhou, Guangdong China. Apabila buruh dari China dibawa ke Tanah Melayu, makanan ini juga dibawa bersama mereka. Pada mulanya cha kuetiau ini ialah hidangan orang miskin yang dimasak oleh petani dan nelayan dengan bahan-bahan yang tersedia di rumah masing-masing tetapi kerana kelazatan kombinasi ini, mereka mula menjualnya di tepi jalan dan sekarang cha kueutiau merupakan streetfood yang sangat popular. Di Malaysia, Pulau Pinang memang terkenal dengan char kway teow kerangnya!

5. Nasi Kerabu, Tambah Budu!

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya. Masakan-masakan istimewa ini adanya dibawakan dari jauh, melalui perantau dan buruh asing, dan akhirnya menjadi identiti Malaysia apabila orang tempatan mengolah citarasanya untuk selera warga kita.

Nasi Kerabu merupakan makanan yang berasal dari kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya Kelantan. Nasinya bewarna kebiruan setelah dimasak dengan menggunakan air kelopak bunga telang, dan biasanya nasi kerabu dimakan dengan ikan kering atau ayam percik, daging bakar, solok lada, telur masin, sambal, keropok, kelapa bakar, budu dan ulam-ulaman lain.

Kalau dikurangkan nasinya, nasi kerabu juga sesuai untuk orang yang mengikuti diet sihat kerana banyaknya sayur dalam hidangan ini. Walaupun nasi kerabu ini bermula di Pantai Timur Semenanjung, popularitinya menular ke seluruh pelusuk Malaysia dan menjadi kegemaran semua lapisan masyarakat tak kira bangsa.

6.Nasi Dagang Ikan Tongkol!

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya. Masakan-masakan istimewa ini adanya dibawakan dari jauh, melalui perantau dan buruh asing, dan akhirnya menjadi identiti Malaysia apabila orang tempatan mengolah citarasanya untuk selera warga kita.

Nasi dagang Terengganu istimewa kerana nasinya ialah campuran dua jenis beras, beras siam dan beras pulut, dimasak dengan pulut, halia, bawang merah dan halba. Nasi ini dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah kari khas nasi dagang dan selalunya ikan yang digunakan untuk nasi dagang ialah ikan tongkol saiz besar yang dipotong kecil dan dipadankan dengan acar timun.

Nama Nasi Dagang ini terbit kerana nasi ini hanya mempunyai satu lauk sahaja, lantas memudahkan bagi mereka yang berkelana.

7.Sate, Kuah Kacang Extra!

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya. Masakan-masakan istimewa ini adanya dibawakan dari jauh, melalui perantau dan buruh asing, dan akhirnya menjadi identiti Malaysia apabila orang tempatan mengolah citarasanya untuk selera warga kita.

Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi berasal dari bahasa Jawa bahagian Blora, Indonesia. Secara khususnya, sate dibuat daripada ketulan daging yang telah diperap dengan rempah ratus, kemudiannya dicucuk pada lidi dan dibakar menggunakan api arang. Di tengah-tengah lapisan daging itu diselitkan juga cebisan lemak untuk menambah tekstur dan keenakan sate.

Sate di Malaysia disertakan dengan nasi dalam bentuk ketupat atau nasi impit, timun racik dan bawang. Sate sangat sesuai sebagai makanan yang dijual di tepi-tepi jalan senang untuk dinikmati itulah sate adalah di antara streetfood yang popular. Kuah sate pula ialah kuah kacang dan kuahnya akan menentukan sama ada sate itu akan mendapat sambutan hangat atau suam-suam kuku sahaja.

8.Nasi Kandar, Suuurr!

Sempena Merdeka, ini 8 makanan lambang identiti Malaysia. Malaysia merupakan bumi bertuah yang dirahmati dengan beraneka jenis hasil bumi dan hasil laut. Tanah ini juga terkenal dengan kepelbagaian sajian yang menarik dan lazat daripada resepi berbilang kaum dan etnik budaya. Masakan-masakan istimewa ini adanya dibawakan dari jauh, melalui perantau dan buruh asing, dan akhirnya menjadi identiti Malaysia apabila orang tempatan mengolah citarasanya untuk selera warga kita.

Nasi kandar ialah makanan sebelah Utara Malaysia yang amat popular. Nasi kandar sentiasa viral sebelum perkataan viral itu wujud. Hidangan Nasi Kandar berasal dari India dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim yang datang dari negera itu. Apa yang menjadikan hidangan nasi itu nasi kandar? Nasi kandar perlu ada nasi kukus disajikan dengan campuran pelbagai jenis kari dan satu atau dua lauk seperti ayam madu, ayam goreng, telur ikan, ikan goreng dan sebagainya.

Pada asalnya Nasi Kandar ialah makanan pekerja buruh yang bekerja di pelabuhan Pulau Pinang. Untuk memudahkan peniaga membuat jualan, dan pekerja menikmati makanan mereka, peniaga makanan membawakan makanan terus ke pekerja dengan menggunaka mengendong makanan itu dengan kayu gandar yang diisi dengan nasi dan lauk-pauk. Lauk yang digemari pada ketika itu pula adalah nasi yang dicurah kari ikan, ikan goreng dan sayur bendi. Pekerja pelabuhan menggemarinya kerana kuantitinya yang banyak, harga yang berpatutan dan rasanya yang suuuuurrrr.

Baca:

Nak elak risiko nyanyuk kena belajar perkara baru, Malaysia yang menuju negara ramai orang tua pun kena contohi

Joging berseluar pendek terlalu singkat kena tumbuk, kes bukan di negara Islam ini menggemparkan

Kucing di negara ini dah wajib dipasang mikrocip, pemilik boleh kena denda hampir RM3,000 kalau ingkar