Realtime website trackingweb stats

Selepas dianiaya, ada peminat tawarkan pakej melancong – Reaksi Tyzo ini memang padu

Oleh FATIN AQILAH

Tular video penyampai radio, Tyzo mengucapkan terima kasih atas penganiayaan kepada Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin.

Pengumuman penamatan kontrak Tyzo memang heboh diperkatakan. Perkongsian video babak ucapan ‘terima kasih’ Tyzo itu yang disiarkan pengguna Facebook, Ossasuke Hikaru ini, misalnya meraih lebih 3.5 juta tontonan.

Ramai tidak berpuas hati dengan pemberhentian penyandang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) itu.

Selepas dianiaya, ada peminat tawarkan pakej melancong - Reaksi Tyzo ini memang padu

Tindakan dilakukan pihak pengurusan stesen radio milik Star Media Group Berhad itu disifatkan sebagai tidak wajar.

Walhal, segmen Suria Petang dikendalikan Tyzo bersama Sharifah Shahirah atau Shiera adalah slot paling popular pada waktu petang.

Bahkan, mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan stesen radio itu juga menyaksikan ramai pendengar stesen radio tersebut mengugut mahu memboikot Suria FM.

Stesen radio pesaing juga turut tertarik dengan nasib menimpa Tyzo. Pasukan Bekpes Hot membuat panggilan meminta kepastian umur Tyzo yang menjadi perdebatan ramai apabila ramai menyangka dirinya berusia 57 tahun.

Namun, Tyzo ketika ditanya pemberita memberitahu, tiada perkara lain dibincangkan berkaitan kerjayanya melainkan hanyalah untuk bertanya usia sebenar.

Dalam masa sama, penamatan kontrak Tyzo turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman bagi membincangkan kerjasama boleh dilakukan untuk memperkukuhkan jenama Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bahkan, ada juga peminat yang turut menawarkan pakej melancong ke luar negara membabitkan empat negara iaitu Iceland, Norway, Switzerland dan New Zealand.

Ya, Tyzo mengakui terharu dengan sokongan luar biasa termasuk tawaran percutian diterima peminat.

Walau bagaimanapun, beliau memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi tawaran berkenaan.

“Sebenarnya saya sangat menghargai tawaran diberikan, tapi anak saya masih bersekolah.

“Saya bukan seseorang yang suka tinggalkan anak dalam tempoh yang sangat lama.

“Saya juga tak sampai hati tinggalkan anak, melainkan jika tunaikan umrah.

“Bagi saya, kalau nak rawat hati tempat yang paling sesuai adalah Tanah Suci Makkah. Di situ barulah saya akan dapat ketenangan, mungkin saya boleh berfikir dengan baik.

“Kalau bercuti-cuti ke negara empat musim mungkin bukan sekarang. Lagipun, saya tidak mahu lari daripada kebenaran,” kata Tyzo lagi.

Baca:

Stress api terlalu kecil? Boleh cuba kaedah ini untuk semua jenis dapur gas

Kena pandai tengok lubang baru tak tersalah pilih bendi tua, cara masak pun berbeza setiap tahap

Teringat zaman sekolah? Wajib cuba resipi mee kicap ala mak cik kantin menggamit kenangan sekolah