Realtime website trackingweb stats

Selamba guna laluan kecemasan, anda mungkin tidak tahu apa itu ‘smartlane’

Oleh NURAIMAN

Adakah anda tahu apa itu Smartlane?

Dalam artikel ini, anda akan memahami maksud Smartlane.

Smartlane adalah pengaktifan lorong kiri di lebuh raya PLUS di beberapa laluan penting di lebuh raya.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti lorong di lebuh raya terutama di laluan-laluan tertentu dan dilaksanakan untuk mengurangkan kesesakan trafik.

Selamba guna laluan kecemasan, anda mungkin tidak tahu apa itu 'smartlane'

Jadi, Smartlane hanya aktif pada waktu-waktu tertentu seperti ketika waktu puncak, semasa kerja penyelenggaraan, semasa perayaan, dan semasa kejadian luar jangka berlaku.

Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan SmartLane itu bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak berkuasa sebelum ia dilaksanakan.

Pengguna lebuh raya boleh kenal pasti penggunaan laluan ‘Smartlane’ ini melalui papan tanda laluan ‘Smartlane’ serta pengawal trafik yang ditempatkan di lokasi tersebut.

Komunikasi dan makluman kepada pengguna lebuh raya juga akan disampaikan melalui Aplikasi PLUS, twitter @plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lebuh raya.

Pengguna lebuh raya juga disarankan untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan panduan perjalanan yang lebih baik.

Baca:

Bukan kali pertama! Trak konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza rosak dibedil Zionis

Kecoh kejatuhan ringgit menjunam tinggi ke paras RM6.24 sen, seberapa jauh kesahihan itu?

Norreen sudah berubah, jual baju seksinya kepada wanita bukan Islam sahaja