Realtime website trackingweb stats

Sakan ‘joli’ duit KWSP, akhirnya salahkan anak cucu tak beri wang bulanan

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Setelah mencapai umur tertentu, duit KWSP boleh dikeluarkan. Banyak orang merasa sangat gembira kerana jumlah simpanan mereka banyak, mungkin sampai ratusan ribu ringgit.

Tetapi, ada yang terlalu teruja dan terus membelanjakannya tanpa fikir panjang.

Akhirnya, mereka menyesal kerana terlalu tergesa-gesa dan hanya sedar selepas terlambat.

Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama @Imlan Adabi.

Ia patut menjadi peringatan untuk kita semua. Dia menceritakan bagaimana seorang kenalannya habiskan duit KWSP bernilai RM700,000 dalam hanya 3 tahun.

Sakan 'joli' duit KWSP, akhirnya salahkan anak cucu tak beri wang bulanan

Sikap boros itu akhirnya membuatnya terpaksa berhenti kerja pada usia yang sudah tua.

Di usia 70 tahun, individu itu mempunyai banyak tanggungjawab besar seperti hutang kad kredit dan pinjaman rumah.

Tanpa memikirkan kesalahan sendiri, dia salahkan anak cucunya kerana tak beri wang bulanan untuk hidupnya.

Sebenarnya, anak cucunya pun kena tanggung beban keluarga mereka sendiri.

Tuan Imlan dan isterinya selalu ingat bahawa mereka tak boleh berharap terlalu banyak pada anak-anak untuk jaga mereka di hari tua.

Walaupun tak kaya, mereka ada sikit simpanan untuk hari tua nanti. Tuan Imlan pesan orang supaya tak ganggu simpanan dalam KWSP yang baru.

Sakan 'joli' duit KWSP, akhirnya salahkan anak cucu tak beri wang bulanan

Baca:

Lagi kes babitkan pemain bola, Faisal Halim disimbah asid ketika main ‘go cart’

Peminat risau tengok keadaan terkini Justin Bieber, tapi lain pula kata isteri

Netizen terhibur tengok ‘casing’ telefon pelakon ini, siap ada yang cop tak padan dengan watak ‘brutal’