Sajat atau nama lelakinya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, yang sekarang menetap di Australia disyaki menghidap kanser.
Namun, ‘perempuan tiruan’ yang diburu polis itu menafikan dia menghidap penyakit berisiko membawa maut itu.
Usahawan kosmetik kontroversi berkenaan berkata, doktor hanya mengesyakinya menghidap penyakit itu selepas melihat berat badannya turun mendadak.
Bahkan, kata Sajat, doktor menyarankannya menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan).
“Saya hanya disyaki hidap kanser bukannya betul.
“Doktor syak ada kanser sebab terkejut tengok saya kurus mendadak sebab dia kenal saya.
“Dia tanya ada pening-pening ke? Dia periksa tekak, mata dan minta jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan CT Scan,” katanya dalam video yang dimuatnaik di platform media sosial.
Dalam masa sama, Sajat mendedahkan kini sedang menjalani kuarantin di rumah akibat jangkitan Covid-19.
Mengulas lanjut keadaan dirinya, dia memberitahu berat badannya semakin berkurangan mungkin kerana mengikuti kelas tarian.
Selain itu, Sajat yang dikenakan waran tangkap pada tahun 2021 memberitahu, dia pada masa sama turut menukar rutin diet.
“Saya kurus sebab masuk kelas menari, selain tukar rutin diet.
“Doktor pula bila tengok kita kurus, dia akan syak bukan-bukan.
“Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir.
“Lagipun, anda semua bukan sayang saya pun,” seloroh mak nyah itu lagi.
Pada 2021, Sajat diburu pihak berkuasa apabila waran tangkap terhadapnya dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Bagaimanapun, dia lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis sebelum ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September 2021 hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.
Dia kemudiannya didakwa di mahkamah Thailand atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah.
Namun, Sajat dibebaskan pada 10 September 2021 dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.
Semasa ditahan di sebuah kondominium di negara itu, Sajat juga dilapor mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat suruhanjaya itu di Bangkok.
Sajat akhirnya melarikan diri ke Australia.
Sejak itu, Sajat yang menegaskan masih Muslim kerap berkongsikan perkembangan dirinya dan berinteraksi dengan pengikutnya di media sosial.
Baca:
Suami rajin sidai baju atas BMW merah, luahan ‘syukur’ wanita ini dipertikai
Jarang bomba puji orang awam – Pemandu lori kontena, bas pun ikut arahan lelaki ini