Realtime website trackingweb stats

Sah! Tiada lagi lagu raya Aliff Syukri ‘menghantui’ tahun ini, warganet bukan main lagi bersyukur

Oleh ABDULLAH HAMID

Sah Hari Raya tahun ini warganet tidak perlu lagi ‘membawang’ mengenai lagu sempena Aidilfitri nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri.

Pengumuman usahawan sensasi yang pernah muncul dalam filem ‘Badang’ (2018) itu rupanya disambut dengan rasa syukur oleh rakyat Malaysia.

Rata-rata gembira dan menyambut baik khabar itu walaupun Aliff dalam catatannya menganggap rakyat Malaysia akan murung tanpa lagu raya dendangannya.

Sah! Tiada lagi lagu raya Aliff Syukri 'menghantui' tahun ini, warganet bukan main lagi bersyukur

Ruangan komentar bagi hantaran mengenai pengumuman usahawan popular itu di laman Facebook rasmi ‘Aliff Syukri Terlajak Laris’ dibanjiri sindiran dan reaksi sinis.

Antara lain, warganet menganggap mereka sembuh daripada kemurungan.

“Alhamdulillah, akhirnya ada juga berita baik dari Datuk ye.

“Terbaik Datuk. Sejujurnya Datuk ada bakat terpendam yang perlu terus dipendam.

“Abaikan Datuk kata-kata netizen. Saya sentiasa di belakang mereka.

“Alhamdulillah. Kurang sikit 1 dosa rakyat Malaysia. Terima kasih dato,” demikian antara kata netizen.

Terdahulu, Aliff Syukri mendakwa komposer yang sepatutnya menghasilkan lagu untuknya sudah berpaling tadah.

Kata usahawan yang dikenali dengan imej berbaju sendat dan terkinja-kinja bersama barisan penari dalam lagu-lagu raya yang diterbitkan, komposer berkenaan menyerahkan lagu itu kepada artis lain.

“Maaf semua sebab saya kecewakan korang. Saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ni.

“Sebab saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya.

“Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.

“Maaf, rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini,” kata pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu lagi.

Baca:

Sayu hati bapa lihat anak mundar-mandir sendirian tanpa kawan dari sekolah lama

Geli cicak banyak di rumah? Ini cara mudah perangkap guna 2 bahan ini

Bulan puasa tidak menjadi penghalang untuk bersenam, ini 3 waktu terbaik untuk lakukannya