Tular video seorang lelaki dilihat sedang berbuka puasa sambil ‘ditemani’ seekor buaya di sebelahnya.
Menerusi video dikongsikan di TikTok oleh @bedamau itu, mulut reptilia itu mulanya dilihat ternganga ‘menunggu’ waktu berbuka puasa.
Sejurus lelaki berkenaan membaca doa berbuka puasa dan minum segelas air, dia memberi buaya itu seekor ikan.
Semasa menjamah roti john juga, lelaki itu sekali lagi mencampakkan seekor ikan ke mulut buaya itu.
Lelaki berkenaan dipercayai staf Taman Rekreasi 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni di Selayang, Kuala Lumpur.
Selain taman buaya terdapat juga taman burung kasawari dan rusa, rumah arnab, Sky Fountain, Magical Bridge dan T-Rex Ring.
Taman rekreasi berkeluasan 9.2 hektar yang dinaik taraf dengan kos RM18 juta itu dirasmikan pada 2018.
Rata-rata terhibur dengan perkongsian video itu selain berseloroh menganggap buaya itu ‘sakit’ atau sudah ‘rosak’.
“Semoga buaya itu sihat sihat hendaknya,” usik seorang warganet.
Baca:
Pulut bakar juadah berbuka hanya perlukan 6 bahan ini, bau semerbak sudah bukan rahsia lagi
Petua simpan tauhu supaya tahan lebih lama dalam peti ais
6 sebab tetap gemuk walaupun berpuasa dan panduan mengatasinya