Perbuatan daripada seorang lelaki, terutamanya mereka yang beragama Islam, yang mengganggu atau mendekati isteri orang lain adalah diharamkan dan dianggap sebagai dosa besar.
Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas, menjelaskan bahawa tindakan sebegitu boleh mengundang murka Allah dan menyebabkan golongan yang seperti ini ditempatkan ke dalam neraka.
Katanya, dalam Islam, disebutkan bahwa mengganggu atau mendekati tunangan seseorang sudah dianggap sebagai tindakan haram dan dosa besar, lebih-lebih lagi jika itu dilakukan terhadap isteri orang.
“Kalau berkomunikasi tu lain, contohnya apabila kita beritahu bini (isteri) orang supaya mengalihkan kereta. Itu lain (bukan dikira mengurat), bini sesiapa pun kita boleh tanya.
“Mengurat ni lain, iaitu menganggu atau menggoda bini orang, hukumnya haram dan berdosa besar. Kita suka tak orang lain ganggu bini kita? Kalau ‘mengurat’ anak dara tu lain, sebab kita mengajak dia untuk berkahwin,” katanya pada satu sesi kuliah, baru-baru ini.
Untuk penerangan lebih lanjut, Azhar menyatakan bahawa tindakan seperti ini (mencuba mendekati isteri orang) adalah sesuatu yang sangat tidak disukai oleh individu yang beriman.
“Orang beriman ini dia benci kemungkaran, manakala orang munafik, mereka suka kemungkaran.
“Titik tolaknya, terpulang pada kita nak berada dalam golongan mana, golongan ahli neraka atau ahli syurga,” ujarnya.
Baca:
Lebih 43,000 saman, ini kesalahan paling tinggi pemilik motosikal didedah pihak polis
Luluh hati tengok rumah hanya nampak bumbung, dokumen terapung, banjir terburuk di Kelantan
Lipan akan masuk dalam rumah jika ada benda-benda yang dia suka ini