Realtime website trackingweb stats

Rupanya rakyat Palestin diberi nikmat paling sedap di dunia, orang lain pintu masjid pun tak kenal

Oleh ADINDA

Allah beri kemuliaan orang Palestin untuk merasai nikmat paling sedap di dunia iaitu mati syahid yang mana nikmat tersebut sukar didapati pada umat Islam di negara lain, kata Ustaz Azhar Idrus.

Menerusi satu video ceramah yang dimuat naik di aplikasi TikTok, pendakwah itu berkata, umat Islam di Palestin merupakan golongan yang sangat istimewa kerana sudah dijanjikan oleh Allah untuk membawa 70 ahli keluarga untuk ke syurga abadi setelah mati syahid.

“Nabi kata orang yang mati syahid ni, dia minta dengan Allah nak hidup sekali lagi sebab nak rasa sekali lagi mati itu sebab mati syahid sedap sangat. Sebab itu orang rindu kepada syahid.

“Ramai anggap mereka derita sebab peperangan yang tidak berkesudahan, tetapi hakikatnya kita (rakyat Malaysia) lagi derita sebab pelbagai larangan syarak berleluasa seperti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), ketagih arah, pintu masjid pun tak kenal,” tegasnya.

Setakat 19 Oktober lalu, Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 3,785 rakyat Palestin terkorban di Gaza termasuk ribuan kanak-kanak dan wanita manakala 75 lagi maut di Tebing Barat.

Malah, rejim Zionis Israel bertindak kejam mengebom beberapa buah kedai roti di Gaza sehingga membunuh ramai penduduk Palestin yang sedang beratur untuk membeli roti.

Mengulas lanjut, Ustaz Azhar Idrus mengingatkan bahawa mati syahid merupakan nikmat yang paling ‘sedap’ dalam dunia yang ramai orang tidak tahu.

“Umat Islam di Palestin sangat istimewa sebab merekalah paling ramai jamin masuk syurga. Setiap seorang yang berperang dengan rejim Zionis, dia boleh bawa 70 orang masuk syurga.

“Sebab itu orang Palestin akan sembelih unta, sembelih lembu untuk buat kenduri apabila tahu ahli keluarga mereka mati syahid.

“Secara fitrahnya, memang ramai yang anggap mereka sengsara dan persoalkan bila akan habis penderitaan mereka.

“Itulah ujian, Allah angkat martabat orang Palestin ini, Allah sangat kasih kepada mereka. Dia lebihkan bala kepada mereka,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai UAI berkata, orang yang paling banyak mendapat musibah tanda orang yang paling banyak dapat kasih sayang Allah dan perkara ini sudah Nabi sebutkan dalam hadis sahih.

“Sebab itu, orang yang paling banyak Tuhan turunkan bala adalah para nabi, tanda Tuhan sayang,” kata UAI lagi.

Baca:

‘Harap harga tiket AirAsia lebih murah’, netizen berseloroh selepas jutawan ini tayang tubuh

Malaysia catat kadar kerintangan insulin tertinggi di Asia Tenggara, ini 7 fakta pakar elak hidap diabetes

Mana pula datang deretan lima kubur di tepi jalan? Ketua kampung wanita ini tampil lerai ‘misteri’