Mesin basuh adalah satu peralatan yang kerap ditukar dek kerana masalah kerosakan tapi disebabkan harga yang tinggi maka ramai cuba mencari alternatif.
Kebiasaan peralatan rumah seperti mesin basuh dan peti ais ini jarang ditukar kerana kos tinggi tapi kalau dah kerap rosak, memang terpaksa kumpul duit.
Seorang wanita, Kamariah Hashim menerusi Facebook, ‘DECO RUMAH CARA JIMAT (DRCJ)’
Berkongsi tips dari pekerja penyelenggaraan tentang cara menjaga mesin basuh.
Tip jaga mesin basuh
1. Jangan bebankan mesin.
Selalunya kebanyak orang akan sumbat sebanyak mana baju ke dalam mesin basuh untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan air.
Sebolehnya ikuti had yang ditetapkan pada setiap mesin basuh.
2. Sesekali matikan suis soket lepas guna.
Sebab bila mesin basuh terlalu lama dalam keadaan stanby, computer board akan mnjadi smakin panas.
Selepas keluarkan baju, dinasihatkan untuk terus tutup suis soket.
3. Masukkan air panas ke dalam mesin basuh.
Dalam sebulan sekali masukan airpanas kira-kira lepas 5 minit dijerang kedalam tub mesin.
Hidupkan mesin dalam dengan mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air.
Ini akan mengelakkan mesin basuh daripada tersumbat dan boleh merosakkan injap buang.
4. Check belting mesin basuh
Andaikata putaran mesin smakin lemah daripada sbelumnya bermakna belting telah longgar.
Kalau pandai, ambil spanar tegangkan dibahagian bawah mesin. Jika tidah upahlah sesiapa. Kos upah biasanya sekitar rm10 ke RM20 je.
5. Lihat filter jika air perlahan
Andaikata air masuk semakin perlahan maka buka bahagian paip air masuk. Dekat situ ada filter yang mungkin tersumbat.
6. Kalau air tak keluar dari mesin basuh, check valve
Jika air masuk ok tapi air tak boleh keluar bermakna valve buang air tersekat, mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainya.
Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
Baca juga: Peguam jelaskan kenapa Syamsul failkan cerai? Bukankah kuasa talak ada pada suami