Benarlah rezeki tidak pernah salah alamat dan itulah dialami seorang wanita yang meraih pendapatan lebih RM2,000 hasil jualan Menu Rahmah menerusi mesin layan diri atau juga dipanggil mesin gedegang.
Perkongsian peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang dikenali sebagai Syuhada menarik perhatian orang ramai dan menginspirasikan.
Syuhada memberitahu, beliau berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM2,669.28 selepas sebulan menyertai program IPR melalui perniagaan mesin gedegang atau ‘vending machine’.
“Genap sebulan uruskan Vending Machine ini. Terima kasih @rafiziramli,” ciapnya di laman X sambil meletakkan tanda pagar #IPR.
“Kalau ada yang mempertikai vending machine ini, suruh dia bagi 150 dekat anda sehari. Boleh tak?,” ciapnya dalam hantaran berlainan.
Pendedahan usahawan berkenaan juga mendapat perhatian Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mengulang ciap hantaran tersebut.
“Terima kasih saudari. Saya doakan rezeki terus murah dan lebih ramai kami dapat bantu melalui INSAN (Inisiatif Usahawan Makanan).
“Walaupun banyak yang perlekeh. Ini wang hasil usaha peserta, bukan wang tunai yang diberikan oleh kerajaan,” kata Rafizi.
“YB, bila nak tambah dekat tempat lain?
“Saya sokong usaha IPR ni tapi harapan saya agar dipercepatkan pengagihan mesin kepada yang layak untuk tingkatkan pendapatan mereka,” komen pengguna X.
Program Menu Rahmah melalui mesin gedegang ini bagi membolehkan golongan miskin tegar, miskin, dan B40 menjana pendapatan mereka sendiri sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.
Insiatif tersebut digerakkan oleh Kementerian Ekonomi di bawah IPR dengan jaminan kerajaan akan menanggung sewa mesin dan tapak niaga selama dua tahun untuk peniaga-peniaga yang berminat.
Namun, pada Mac lalu, kerajaan mendedahkan bahawa Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir pembangkang, mencatatkan jumlah permohonan paling rendah untuk menyertai IPR.
Baca:
Tak tahu lagi siapa nak jaga dua budak ini selepas ibu ditikam, inilah bahayanya marah dan dadah
Gempar rambut tersangkut di roda Ferris, lewat sesaat gadis ini mungkin terkorban