Rasa bukan biasa – biasa, wajib cuba! Ikut resepi sebiji tau, jangan ubah apa apa sebab nanti sedapnya sampai menjilat jari dan tambah nasi berpinggan pinggan…kuah saja pun dah sedap.
Bahan-bahan:
• Ayam 1 ekor ( dipotong ikut suka)
• Bahan kisar
• Kunyit serbuk 2 sudu besar/kunyit hidup segenggam penuh.
• Garam kasar 1 sudu kecil
• Gula 2- 3 sudu ( sesuai dengan 25 biji cili padi @ ikut rasa masing masing)
• Kiub ayam 1
Bahan dikisar:
• Bawang merah 10 ulas
• Bawang putih 2 ulas
• Cili padi 25 biji
• Halia 1 inci
• Serai 2 btg
• Lengkuas 1 inci
Bahan bauan:
• Daun limau purut 3 helai diramas
• Daun kunyit 3 helai dihiris halus
• Daun pandan 2 helai atau yang mana ada pun boleh
• Kuah akan jadi kental dan pastinya sedap
• Santan pekat@ santan kotak 300ml ( dibahagi 2 kepada 200ml dan 100ml)
• Air 1 1/2 cawan cukup sebab nanti ayam akan mengeluarkan airnya lagi.
• Ubi kentang 4 biji kupas sebiji biji tak perlu dipotong .
• Asam gelugur 2 keping kecil
Cara masak:
1. Ambil Periuk.
2. Masukkan semua bahan kedalam periuk. Masukkan santan pekat 200ml bersama air 3 cawan (saya guna santan kotak kecil 200ml)
3. Tambahan santan pekat lagi 100ml untuk dimasukkan pada saat dekat dekat nak tutup api nanti.
4. Selapas dimasukkan biar dia menggelegak sikit terus tutup api sebab tak nak santan tu jadi cair semula jika dididihkan lama).
5. Kacau dan sebatikan.
6. Letak atas api sederhana.
7. Biarkan mendidih lama dan sekali sekala dikacau perlahan lahan.
8.25 minit angkat ubi kentang keluar.
9. Masukkan dalam pinggan dulu. Ketepikan (pastikan ubi benar benar dah masak).
Tujuan: Sekiranya dimasukkan ubi kentang diawal masakan adalah untuk memekatkan kuah dan supaya kuah jadi lebih sedap lagi. Lagi lama lagi sedap.
Selain itu, tujuan dikeluarkan ubi kentang sebab nak elak ubi jadi hancur atau pecah-pecah.
10. Biarkan kuah mendidih dan kena kerap dikacau supaya isi ayam cepat jadi pecah-pecah. Barulah bertambah sedap.
Sambil sambil rasa sedap ke tidak?
11. Tambahlah apa yg kurang sebab selera kita tak sama.
12. Perlahankan api.
13. Bila nampak ayam dah pecah pecah sikit (ini menandakan kuah sudah meresap mesra kedalam isi ayam)
14. Masukkan semula ubi kentang tadi.
** ketika ini barulah dimasukkan santan pekat yang 100ml tadi tu untuk memekatkan semula kuah.
15. Biarkan api terus menyala perlahan dan bila sudah mendidih dalam 5 minit dan teruslah dimasukkan “asam gelugur” tadi.
Kacau sekejap dan teruslah ditutup api dapur.
Dah siap.
Sedia untuk dimakan dengan nasi panas campur kicap.
* Jika ada mikcrowave- masukkan kan isi ayam dalam mangkuk dan tekan ‘cook’ selama 5 minit sahaja.
* Lepas tu masukkan ayam dalam periuk dan diikuti langkah langkah seterusnya.
* Tujuan teknik ini adalah untuk mempercepatkan ayam menjadi lembut dan masakan tidak akan memakan masa yang lama.
* Teknik ini lebih menyedapkan isi ayam sebab kuah mudah dan cepat sebati ke dalam isi ayam.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera dengan resepi dari saya idashahida.
Kredit: Ida Shahida
Baca:
Membesar dengan kompleks PKNS & SACC Mall, warga Shah Alam sedih ia bakal dirobohkan
Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum
Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar