Realtime website trackingweb stats

‘Ramai yang suka buat’, Rupanya bahaya cuci tangan guna air ‘peluh’ tepi cawan

Oleh ADINDA

Mesti ramai yang malas untuk mencuci tangan selepas makan menggunakan jari.

Cara yang paling mudah ialah dengan membasahkan jari jemari menggunakan air kondensasi

yang terdapat pada gelas dan botol minuman sejuk di atas meja.

Ramai yang pernah melakukannya, bukan?

Walaupun ia nampak ‘comel’ dan praktikal, namun tindakan ini sebenarnya boleh mengundang risiko kesihatan yang tidak kita sedari.

'Ramai yang suka buat', Rupanya bahaya cuci tangan guna air 'peluh' tepi cawan

Menurut Public Health Malaysia, terdapat empat alasan mengapa air kondensasi tidak sesuai untuk mencuci tangan.

1. Tak Bersih
Air kondensasi berasal daripada udara dan berpotensi mengandungi kotoran atau debu.

2. Tak Mencukupi
Jumlah air yang dihasilkan adalah sedikit dan tidak mencukupi untuk mencuci tangan dengan baik.

3. Tak Bunuh Kuman
Air sahaja tidak dapat membunuh bakteria atau kuman yang mungkin ada pada tangan.

4. Kebersihan Terjamin
Penggunaan air bersih dan sabun adalah cara terbaik untuk memastikan tangan kita benar-benar bersih.

Walaupun kelihatan segar, air kondensasi sama sekali tidak bersih kerana ia dihasilkan daripada wap air di udara yang menyentuh permukaan sejuk dan mengumpulkan pelbagai zarah dari persekitaran kita.

Meskipun momen seperti ini mungkin kelihatan menarik dalam kehidupan seharian, kita tetap perlu mengutamakan penggunaan air bersih untuk tujuan kebersihan.

BACA: Orang tersayang pergi buat selamanya, ini cara padam akaun Insta ahli keluarga yang dah meninggal dunia