Realtime website trackingweb stats

Putuskan tali sumbat dalam kereta, rupanya ini punca pasangan baru kahwin curi 20 ekor kambing

Oleh ADINDA

Putuskan tali sumbat dalam kereta, rupanya ini punca pasangan baru kahwin curi 20 ekor kambing.

Akibat masing-masing terjerat hutang, pasangan yang baru berkahwin nekad mencuri kambing penduduk di daerah Kayong Utara, Kalimantan Barat.

Kompas melaporkan Ketua Polis Daerah Kayong Resort Utara Achmad Dharmianto berkata, tiga penjenayah termasuk suami isteri itu ditahan bersama 20 ekor kambing di beberapa lokasi berbeza.

Siasatan lanjut mendapati, pasangan dikenali sebagai BG dan TR itu nekad mencuri kambing kerana baru berkahwin dan berhutang.

“Seorang lagi suspek adalah rakan mereka yang diajak sama untuk mencuri kambing. Rakan mereka itu dikenali sebagai AG.

“Berdasarkan pemeriksaan, pasangan itu nekad mencuri kambing kerana baru berkahwin dan berhutang,” kata Dharmianto ketika dihubungi pada Rabu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pelaku menggunakan sebuah kereta Toyota Agya berwarna putih.

“Caranya ialah mereka memerhati haiwan ternakan yang diikat di tepi jalan atau di taman awam.

“Kemudian apabila dikenal pasti tiada gangguan, pelaku memutuskan tali pengikat kambing dan memasukkan kambing itu ke dalam kereta,” kata Dharmianto.

Menurut Dharmianto, ketiga-tiga pelaku didakwa melakukan kegiatan curi dengan serata lokasi.

Sebanyak 20 kambing dicuri

Menurutnya, siasatan mendapati setiap suspek sudah ada tugas masing-masing.

“AG keluar akan dari kereta dan memutuskan tali kambing. BG dan TR menjalankan penyeliaan.

“Apabila sudah selamat, kambing itu dimasukkan ke dalam kereta dan mereka bergegas pergi,” katanya.

Kes itu kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Baca:

Medical card pun tak laku di unit kecemasan, lelaki dedah sebab buat ramai terkejut

Rupanya ini Chong Wei cakap sampai isteri menangis teresak-esak

Bahana pengasuh berjiwa binatang, rupanya ini sebab bapa tak sanggup lihat rakaman CCTV