Putin puji Anwar “Muslim sejati” lepas jawab soalan tentang takhta kedua

Oleh FATIN AQILAH

Putin puji Anwar “Muslim sejati” lepas jawab soalan tentang takhta kedua. Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kremlin bukan saja penuh protokol rasmi, tetapi turut diserikan dengan momen mencuit hati yang membuatkan Presiden Rusia, Vladimir Putin sendiri tak mampu menahan gelak.

Kisah lucu itu berlaku ketika lawatan peribadi Anwar ke Istana Kremlin di Moscow, di mana Putin sendiri menunjukkan kepada beliau sebuah dewan bersejarah — Dewan St Andrew — yang dihiasi dengan tiga buah takhta mewah.

Putin puji Anwar "Muslim sejati" lepas jawab soalan tentang takhta kedua

Soalan Mengejut, Jawapan Bersahaja Anwar Cuit Hati Semua

Di hadapan dewan yang luas itu, Putin menunjuk ke arah tiga takhta: satu untuk Tsar (maharaja), satu lagi untuk Tsarina (permaisuri), manakala satu lagi tidak berlabel.

Dengan nada bergurau, Putin bertanya,

“Yang satu lagi ni takhta untuk siapa, ya?”

Tanpa ragu-ragu, Anwar pantas menjawab sambil tersenyum:

“Untuk isteri kedua.”

Jawapan spontan itu mencetuskan gelak tawa seluruh dewan, termasuk para menteri Malaysia, pegawai tinggi Rusia dan wartawan antarabangsa yang turut hadir pada sidang media bersama itu.

Putin yang jelas terhibur, dengan selamba membalas:

“Itulah jawapan seorang Muslim sejati, mewakili budaya Islam!”

“Tapi Saya Hanya Ada Seorang Isteri,” Anwar Seloroh Lagi

Anwar yang turut ketawa menjelaskan bahawa jawapannya hanyalah gurauan semata-mata, dan menegaskan:

“Saya cuma ada seorang isteri. Tapi saya rasa Putin cuba menguji saya. Saya jawab, kanan untuk isteri, kiri untuk isteri kedua. Tapi lepas itu saya terfikir, sebenarnya kerusi itu mungkin untuk ibu.”

Putin pun turut menyambut penjelasan itu sambil ketawa, dan mengesahkan:

“Ya, takhta ketiga itu memang untuk ibu Tsar. Pertukaran maklumat seperti ini memang berguna!”

Dari Kremlin ke Kazan: Misi Diplomatik Diteruskan

Selepas lawatan bersejarah ke Kremlin, Anwar dijadualkan untuk menghadiri acara penting seterusnya iaitu “Forum Kazan: Dunia Rusia-Islam” di Kazan, yang menghimpunkan pemimpin dan tokoh dari negara-negara Islam serta dunia Rusia.

BACA JUGA : 

‘Dia sentiasa dialu-alukan..’ Khabib jemput Jojo berlatih di Russia

Sindir pertemuan PMX dengan Presiden Russia, sekali netizen pula sekolahkan ahli parlimen Pas

Menteri Russia akhirnya dedah punca nahas helikopter Iran, ada kaitan dengan Amerika