Realtime website trackingweb stats

Puteri Sarah suruh Ira Kazar cek telefon Syamsul, siap usik “jangan marah ya”

Oleh FATIN AQILAH

Mula-mula hanya ditanya soalan tentang perniagaan, kemudian makin dalam sehingga isu hubungan rumah tangga dan madu.

Tetapi Puteri Sarah ‘sporting’ dan ‘cool’ sahaja melayan setiap soalan yang diterima daripada penonton live TikToknya walaupun ada yang bertanyakan soalan peribadi.

Walaupun telah bercerai daripada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, aktres Puteri Sarah Liyana masih terus menerima pertanyaan berkaitan dengan bekas suaminya di media sosial.

Puteri Sarah menjawab soalan mengenai pelaburan yang diterima daripada Syamsul dalam sebuah siaran langsung di TikTok.

“Modal meniaga dari mana? Sol (Syamsul) yang bagi ke?”

Puteri Sarah menjelaskan bahawa Syamsul tidak terlibat dalam pelaburan tersebut dan mengesyaki bahawa akaun-akaun palsu mungkin dicipta untuk mengikuti perkembangan terkini dalam hidupnya.

“Bukan itu sahaja, Puteri Sarah mendedahkan Syamsul ada memberitahu dia berada di set penggambaran untuk ‘scene’ waktu malam.”

Namun, Puteri Sarah menambah bahawa dia menerima voice note daripada Syamsul semasa siaran tersebut, dan dia menasihatkan orang yang bertanya untuk tidak marah.

“Periksa telefon bimbit,” kata Puteri Sarah kepada Ira Kazar, bekas madunya, dan memberikan cadangan supaya Ira memeriksa ‘call log’ telefon Syamsul untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Saya rasa lebih baik awak check phone dia sebab dekat call log banyak nombor telefon saya. Saya tak tahu dia letak nama saya apa. Tak mungkin dia letak nama Puteri Sarah kan.”

Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah bercerai talak satu selepas mengalami masalah dalam rumah tangga mereka pada 14 Jun yang lalu.

Selepas perceraian itu, Puteri Sarah memutuskan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar, dan dua ahli keluarganya.

Baca:

Selamba pasang siren sambil menyelit, sikap pemandu biadab ini mengundang buruan polis

‘Pisang sakti’ ini rupanya penyelamat jutaan nyawa, hanya terhasil selepas 18 tahun penyelidikan

Faizal Hussain kena dakwa mencabul bekas penyampai berita terkenal di sebuah hotel