Realtime website trackingweb stats

Pernah kecewa sampai kes naik mahkamah, ini cabaran dihadapi doktor terpendek di dunia

Oleh SHAZLIN AZIZ

Bukan calang-calang cabaran yang dihadapi Dr Ganesh Baraiya yang pernah kecewa apabila permohonannya untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) ditolak.

Padahal, pemuda dari Gujarat, India berumur 23 tahun itu mempunyai keputusan akademik yang baik.

Namun, dia mulanya dinafikan permohonannya oleh Majlis Perubatan India kerana memiliki ketinggian hanya 91.4 sentimeter (sm).

Pernah kecewa sampai kes naik mahkamah, ini cabaran dihadapi doktor terpendek di dunia

Alasan penolakan itu kononnya Ganesh tidak akan dapat melaksanakan tugasnya dalam kes kecemasan.

Enggan berputus asa, pemuda bijak berkenaan membawa kesnya ke Mahkamah Agung India.

Kesungguhannya begitu kuat lantaran menyimpan impian bergelar doktor sejak kecil lagi, lalu belajar bersungguh-sungguh mendapatkan gred yang tinggi dalam pelajaran.

Akhirnya, keadilan berpihak kepada Dr Ganesh pada 2018.

Mahkamah Tinggi di India memutuskan bahawa Ganesh berhak untuk mendaftar dalam MBBS, dan dia melakukannya pada tahun berikutnya.

“Saya sangat kecewa tiga tahun lalu, tetapi enggan menerima penolakan mereka. Sekarang saya sangat gembira kerana mendapat keadilan daripada Mahkamah Agung.

“Kini saya dalam perjalanan untuk memenuhi impian yang saya harapkan sejak kecil.

“Saya tahu saya berbeza, tetapi saya mahu menjalani kehidupan yang baik seperti orang lain dan membanggakan ibu bapa saya,” kata Dr Ganesh.

Sehingga kini, Dr Ganesh masih menangani isu diskriminasi kerana ramai pesakitnya enggan bercakap dengannya kerana ketinggiannya.

Lapor Oddity Central, Dr Ganesh yang mungkin doktor terpendek di dunia itu kini bertugas sebagai pelatih di Hospital Sir-T di Bhavnagar.

Baca:

Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum

Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar

Tanam sendiri daun bawang ‘confirm’ sedap & manis, boleh petik bila-bila masa