Durian, buah ikonik Malaysia yang terkenal dengan aromanya yang kuat dan rasa yang unik, telah menjadi sebahagian daripada warisan budaya negara.
Dikenali sebagai “raja buah-buahan”, durian tidak hanya menarik minat dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi juga menarik perhatian pelancong dari serata dunia dengan keunikan dan keistimewaannya.
Dalam artikel ini, kita akan menelusuri lebih lanjut tentang keajaiban buah durian dan pengaruhnya dalam masyarakat Malaysia.
Di seluruh Malaysia, menjelang musim durian, kita selalu nampak gerai jual durian di tepi jalan.
Walaupun durian ni harga dia agak tinggi berbanding buah lain, tapi setiap tahun, orang tetap suka beli.
Hari ini, durian dijual ikut berat kilogram, harganya pun berbeza-beza.
Ada jenis durian yang lebih mahal dari yang lain. Contohnya, Udang Merah mahal daripada durian kampung, Musang King mahal daripada Udang Merah, dan Duri Hitam pula mahal daripada Musang King.
Di TikTok, Abang Potai (@abgpotai), seorang penjual durian, memperlihatkan cara meramal isi durian sebelum dibuka.
Dia tunjukkan sebuah durian besar dengan bentuk bulat yang hampir sempurna.
“Ini durian Musing King, yang A-grade, import. Kenapa? Kerana bulat dan besar, durian macam ni tak perlu dipikir lama-lama, boleh beli terus. Kenapa? Isinya berkualiti dan penuh.”
Abang Potai memberitahu Musang King gred A ini dijual pada harga yang tinggi, jadi pembeli mesti sedia membayar lebih.
Penjual juga menunjukkan bintang di bawah buah durian sebagai petunjuk cara mengopeknya.
Abang Potai kemudian tunjukkan durian lain yang bentuk bulatnya tidak sempurna. Dan dia berkata satu bahagian yang tenggelam berbanding yang lain yang timbul, berdasarkan bintang sebelumnya.
Peniaga itu kemudian menunjukkan durian-durian yang sering mengelirukan pembeli. Durian-durian yang ditunjukkan tidak bulat dan seperti durian belanda.
Dia berkata, setiap duri yang timbul hanya berisi sedikit daging.
Lagi teruk, biasanya durian ‘scam’ ini mempunyai kulit yang tebal yang membuatkan pembeli terasa diperdaya.
Di akhir video, Abang Potai memberitahu orang ramai bahawa tidak masalah membeli durian bergred C.
Yang penting, pilihlah yang bulat untuk pastikan isinya penuh.
@abezaini1 Replying to @l4l4tm4nj4 👌👍👍#fyp
Baca:
Peminat risau tengok keadaan terkini Justin Bieber, tapi lain pula kata isteri
“Hanya Allah je tahu” – Ingatkan ‘scammer’, Wan Maimunah syukur doa tunai haji dimakbulkan