Semasa zaman universiti dulu , saya pernah bekerja secara separuh masa di sebuah kilang membuat patty burger selama 2 tahun juga sebenarnya. (94-96)
Kilang ini membekalkan patty burger ke rangkaian makanan segera burger yang terbesar di Malaysia
Yang menariknya saya bukan kerja bahagian pengeluaran patty tetapi di bahagian makmal mikrobiologi mereka.
Ia berlaku sejak cuti semestar tahun kedua , saya dan beberapa orang rakan pergi untuk temuduga di kilang tersebut yang terletak di Petaling Jaya.
Sememangnya kami pelajar di Universiti Malaya ketika itu akan mencari kerja samada sebelah malam atau pun semasa cuti semester bagi menampung kos kehidupan.
Tahun pertama, saya bekerja di sebuah kilang membuat tong drum setiap kali cuti semester, untuk menampung kos sara hidup di kolej ketika itu.
Jadi tahun kedua kami cari kerja di kilang lain pula, kali ini nak cuba nasib di kilang membuat makanan yang katanya lebih sejuk dan berhawa dingin berbanding kilang tong drum yang panas seperti neraka kata kawan saya.
Semasa sesi temuduga saya ditanya oleh pegawai kilang tersebut.
“Encik Nordin, kamu belajar bidang apa di UM?”
“Saya belajar bahagian mikrobiologi puan dan sekarang tahun kedua” saya sebenarnya agak sedikit menipu kerana tahun kedua saya belajar di fakulti sains dalam bidang geologi dan biologi, dan mikrobiologi adalah salah satu subjek dalam biologi sahaja.
Kenapa saya berkata demikian adalah semasa saya dalam perjalanan ke pejabat temuduga itu , saya ternampak ada sebuah bilik di situ yang bertanda Makmal Mikrobiologi. Jadi harapan saya kalau dapat bekerja di makmal berbanding terpaksa bekerja dalam kilang.
Seperti dijangka , saya ditawarkan bekerja separuh masa sebagai pembantu makmal tersebut manakala kawan kawan lain bekerja di bahagian pengeluaran.
Rutin saya adalah membuat analisis setiap produk yang di gunakan untuk membuat patty burger seperti daging, ayam, ikan dan lain lain termasuk tepung yang diimport dari Amerika ketika itu katanya.
Setiap hari juga saya akan mengambil ‘ujian calitan’ di semua mesin mesin yang besar untuk memastikan semua nya adalah sangat bersih dan tiada bakteria padanya.
Ujian makmal mengesan semua jenis bakteria ini perlu di buat di semua produk dan wajib dibuat setiap hari tanpa ketinggalan.
Maka di sinilah peluang baik saya muncul. Selepas tamat tempoh bekerja semasa cuti tersebut lebih dua bulan, saya ditawarkan untuk bekerja secara separuh masa pada hari sabtu dan ahad.
Sudah tentu sebab mereka mencari orang yang boleh bekerja pada hari minggu jadi pekerja tetap tidak perlulah datang bekerja pada hari tersebut.
Oleh sebab tawaran tersebut agak lumayan juga untuk seorang pelajar, maka saya terima seadanya dan jadilah rutin saya setiap hujung minggu akan bekerja sebagai pembantu makmal mikrobiologi
Yang paling seronok bila contoh comtoh daging ayam dan daging yang sudah habis tempoh ujian perlu dibuang dalam pusat perlupusan saya akan bawak balik secara sembunyi dan jadikan stok makanan untuk kawan kawan pelajar serumah ketika itu.
Kenyang makan lauk ayam seludup setiap hari mereka semua.
Itu secebis kenangan bekerja zaman belajar , tak sangka pula sekarang ini ada peluang buat patty burger juga.
Doakan cadangan kami memiliki kilang patty burger yang lebih besar akan terlaksana tidak lama lagi
Nordin Mat
Pendiri GTR burger
Baca:
Video kanak – kanak tahan buang air ketika baca ikrar rukun negara undang tawa warga maya
‘Kau cantik kau selamat dik’ – Anak Norman Hakim dan Abby Abadi ini jadi bualan
Akibat tiada kuasa buat undang-undang, ini 16 kesalahan syariah yang batal dan tidak sah