Realtime website trackingweb stats

Peminat Malaysia terus ‘turn off’ lepas dapat tahu fakta ini tentang penyanyi Choi Siwon

Oleh ABDULLAH HAMID

Baru-baru ini, ramai peminat di Malaysia terkejut apabila mengetahui satu fakta mengenai Choi Si-won dari kumpulan Super Junior.

Semua orang pasti tahu bahawa Malaysia sedang bersedih atas konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku sekarang dan sepenuhnya menyokong rakyat Palestin.

Choi Si-won yang kelihatan seperti penyokong setia Israel telah membuatkan berita viral semula dengan hantaran yang dimuat naiknya pada April 2022.

Terutamanya dalam gambar yang dikongsi, lelaki tersebut telah dijemput untuk menyertai sambutan perayaan 60 tahun hubungan diplomatik antara Israel dan Korea pada tahun 2022.

Tulisnya, “Hari yang istimewa. Jemputan yang bermakna.”

Peminat Malaysia terus 'turn off' lepas dapat tahu fakta ini tentang penyanyi Choi Siwon

Selepas tahu penyanyi berusia 37 tahun tu sokong Zionis, peminat-peminat di Malaysia kecewa dan nak boikot Choi Si-won supaya tak datang lagi.

Tak nak support aktiviti dia pun.

Pempengaruh media sosial, Nur Dini Khairul Anuar minta kerajaan Malaysia menyekat Choi Siwon dari datang ke Malaysia sebab dia sokong Zionis Israel.

“Saya berharap kerajaan Malaysia dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap kedatangan Choi Siwon ke Malaysia.

Antara komen yang ditulis di laman Twitter,

“Choi Si-won ni memang dari tahun lalu dah tahu dia ni Pro-Zionis. Terkejut jugaklah masa tu. Dia kan orang Kristian yang taat, ingat bijak la sikit tapi hampeh.”

“Memang terus unfollow dia ya. Si-won memang kaw-kaw sokong Israel tau.”

“Bukankah dia duta Unicef? Itu kan organisasi bantuan kemanusiaan tetapi dia seorang Pro-Zionis? Aduhhh.”

“Kenapa ramai yang terkejut Si-won sokong Israel? Dia memang penyokong tegar dari hari pertama lagi.”

Baca:

”Ia terlalu sejuk” – Ratu cantik berdepan detik ngeri & hilang anggota badan ketika daki Puncak Mera

“Kena faham saya…” – Lakonan Fazura terima kecaman, namun lain pula respon empunya diri

“Ingatkan sinki, rupanya…” – Netizen keliru tengok reka bentuk dapur chef ini