Pemandu warga China rempuh rumah orang. Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu seorang lelaki warga China terbabas sebelum merempuh sebuah rumah di Kabin.
Menurut laporan Thaiger, insiden mencemaskan itu berlaku sekitar jam 9.30 malam (waktu tempatan) kelmarin.
SUV Terperosok ke Dalam Rumah, Dua Penghuni Cedera
Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati SUV Honda berwarna putih itu telah terperosok ke dalam dinding konkrit sebuah rumah yang disewa oleh dua wanita.
Akibat rempuhan kuat tersebut, kedua-dua penghuni mengalami kecederaan, manakala pemandu SUV hanya cedera ringan.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kenderaan itu dipandu dengan laju, sebelum melintasi satu persimpangan dan terus merempuh rumah tersebut.
Polis Siasat Punca Kemalangan
Pihak berkuasa mengesyaki bahawa pemandu mungkin secara tidak sengaja menekan pedal minyak dan bukannya brek ketika menyedari lampu isyarat merah di persimpangan.
Kini, lelaki itu berdepan pertuduhan memandu secara melulu, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum sebulan, denda sehingga 10,000 baht (RM1,300), atau kedua-duanya sekali.
Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
BACA LAGI :
Pemilik kereta honda city kongsi sebab lebih 20 tahun parkir masuk kepala dulu