Realtime website trackingweb stats

Pemandu bas sekolah kena ‘check seat’, letak ‘tag’ nombor telefon pada beg murid pun patut dicontohi

Oleh ABDULLAH HAMID

Heboh kisah seorang murid perempuan yang terperangkap di dalam bas sekolah sebelum berjaya diselamatkan ketika azan Maghrib.

Pada 13 Mac lalu, Ahmad Syafiee, 33, bersama anak perempuannya berusia tiga tahun berada di luar pagar di kawasan perumahan di Tampoi, Johor Bahru.

Sekitar pukul 7.15 petang, dia terdengar jeritan sayup-sayup yang semakin kuat dari arah sebuah bas sekolah yang diletakkan di parkir di depan rumahnya.

Pemandu bas sekolah kena ‘check seat’, letak ‘tag’ nombor telefon pada beg murid pun patut dicontohi

Dia pun tergerak untuk memeriksa lebih lanjut.

“Terkejutnya saya apabila ada budak sekolah lingkungan usia tujuh tahun terperangkap dalam bas tu.

“Saya letakkan anak kecil saya dalam rumah dahulu sebelum kembali ke bas untuk cari cara selamatkan murid itu.

“Keadaan murid tu memang pucat kerana kepenatan menangis tambah pula kelmarin cuaca di sini memang sangat panas terik.

“Saya anggap anak kecil tu tertidur kerana penat balik dari sekolah.

“Setelah gagal buka pintu bas yang berkunci, saya cuba keluarkan murid tersebut melalui tingkap belakang yang boleh dibuka walaupun agak tinggi.

“Murid tersebut campak dulu barang-barangnya sebelum dia panjat keluar,” katanya, lapor Kosmo!

Ahmad Syafiee berkata, setelah itu kanak-kanak berkenaan dibawa untuk berbuka bersama keluarganya kerana dilihat berada dalam keadaan amat keletihan dan kelaparan.

Bercerita lanjut, Ahmad Syafiee berkata, dia menghubungi ibu kanak-kanak tersebut setelah terlihat ‘tag’ nombor telefon pada beg murid perempuan itu.

“Lepas saya berjaya menghubungi nombor telefon itu, saya terus terdengar suara sayu seorang ibu yang mencari anaknya. Saya beritahu tentang kejadian yang menimpa murid perempuan itu.

“Saya berikan alamat rumah dan tak lama lepas tu ibunya datang ambil anaknya. Ibunya cerita, pemandu kata murid ni tak naik bas sekolah. Katanya, silap pemandu tak tengok bas sebelum ‘off-service’.

“Pesanan saya kepada syarikat-syarikat bas supaya kisah ini dijadikan iktibar untuk tambah baik prosedur ‘check seat’ sebelum hentikan servisnya,” katanya.

Terdahulu, hantaran Ahmad Syafiee di media sosial mendapat perhatian pengguna media sosial apabila lebih 2,500 tanda suka dan 1,300 perkongsian.

Beberapa gambar turut dimuat naik memaparkan murid tersebut yang sedang makan akibat kelaparan dan bas sekolah yang dinaikinya ketika kejadian.

Baca:

Membesar dengan kompleks PKNS & SACC Mall, warga Shah Alam sedih ia bakal dirobohkan

Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum

Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar