Realtime website trackingweb stats

Pelaku yang melemaskan 15 anak kucing dicari, boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun

Oleh ADINDA

Individu yang sengaja membunuh 15 ekor anak kucing dengan cara melemaskan semua haiwan itu sedang dicari dan boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun.

Tindakan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan itu dikongsi Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM).

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM Kalaivanan Ravichandran berkata, pelakuan kejam terhadap anak kucing itu dipercayai dilakukan di Pasar Borong Jerantut, Pahang.

Menurutnya, berdasarkan gambar dikongsikan, anak-anak kucing itu ditemui mati berselerakan di lantai dan rumput.

“Jika benar semua kucing ini mati dibunuh, ia sesuatu yang amat menyedihkan,” katanya.

Pelaku yang melemaskan 15 anak kucing dicari, boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun
Gambar tular anak-anak kucing yang didakwa mati akibat dilemaskan.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa saksi kejadian supaya membuat laporan kepada Jabatan Veterinar Malaysia (DVS) atau polis untuk tindakan sewajarnya diambil.

“Pesalah jenayah kejam ini perlu disiasat sebelum lebih banyak haiwan atau manusia menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata, SAFM amat kesal dengan kekejaman dilakukan itu.

“Walaupun mangsa kejadian ini hanyalah haiwan, namun makhluk ini berhak untuk hidup dan mempunyai keupayaan merasai sakit dan derita.

“Rakyat perlu sedar bahawa semua haiwan di Malaysia adalah dilindungi dari kekejaman mengikut Seksyen 30, Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman penjara 3 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali ke atas pelaku,” katanya lagi.

Baca:

Tak perlu risau jika tiba-tiba masakan terlebih masin, ini kaedah nak betulkan balik, sangat membantu

“Aku bangga ayah kerja driver” – Adik ni buat lelaki bergelar bapa confirm menangis

“Bukan cita-cita saya jadi Doktor” – Dr Noor Hisham dedah cita-cita sebenar, kena panggil Al-Fadhil Syeikh