Realtime website trackingweb stats

Pecah tembelang rupanya RM70 juta tak sampai pun kepada anak Palestin, NGO ini amat mengejutkan

Oleh AHMAD ISMAIL

Sudah pecah tembelang apabila sumbangan orang ramai berjumlah RM70 juta ke NGO Aman Palestin rupanya tak sampai pun kepada anak-anak yang dizalimi Zionis Israel itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Menerusi kenyataan 23 November, SPRM memaklumkan baawa, tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

“Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

“Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya dalam kenyataan.

SPRM turut merakam keterangan beberapa saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan, siasatan SPRM terhadap dakwaan salah guna kuasa oleh NGO yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin tertumpu kepada penelitian dokumen membabitkan dana wang itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, ia tindakan di peringkat awal siasatan sebelum pihaknya memanggil individu yang terbabit bagi rakaman keterangan.

Terdahulu, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Beliau menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara berkenaan.

Baca:

“Saya reda, sekarang masa saya” – Popular dalam slot terjah Melodi, ini keadaan terkini Nas Ahmad

Lagu nurse viral punya pasal, sampai ada tukar cita-cita, ini proses jika nak jadi nurse lepas SPM

Mawar padam gambar bersama suami di IG, ura-ura bakal bercerai