Realtime website trackingweb stats

Panggilan video jelik kononnya disunting, ini 8 rumusan kenyataan Agus dan Wahab

Oleh SHAZLIN AZIZ

Heboh kontroversi panggilan video jelik antara bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dengan Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Lebih mengejutkan apabila Agus tampil bersama Wahab dan dua peguam pada sidang akhbar di Hotel Tenera, Bangi, malam 17 November.

Akhirnya, semua sudah tahu bahawa rakaman video tersebut adalah disunting namun direkod sendiri oleh Wahab.

Hal ini agak menarik dan pelik apabila individu-individu dalam rakaman video yang kontroversi mengaku itu adalah mereka dan video tersebut hanya disunting sekerat daripada video penuh.

Perkara tersebut tidak berlaku pun sebelum ini dalam siri terbongkarnya sejumlah rakaman video lucah atau berbaur lucah.

Ini 8 rumusan sidang media Agus dan Wahab:

1. Agus menafikan video yang tular.. Katanya video disunting, ‘doctored’. Audio ditambah menggunakan teknologi terkini dakwa beliau.

2. Wahab berkata video adalah sahih tetapi video asal tiada audio. Audio ditambah dan disunting kemudian.

3. Wahab berkata dia baru bekerja 2 minggu di JKOM. Seorang lelaki bernama Mr H di JKOM mengupahnya untuk membuat rakaman panggilan video tersebut.

4. Agus mengesahkan Mr H merupakan sosok dalam JKOM yang konon mahu ‘membersihkan jkom dari dalam” dan menjatuhkan beliau.

5. Wahab berkata beliau dijanjikan jawatan lebih tinggi dalam jkom sekiranya membantu menjatuhkan Agus dengan melakukan rakaman panggilan video.

6. Agus sudah membuat laporan polis berhubung Mr H. Manakala akan beri surat tuntutan kepada Chegubard kerana menularkan video tersebut di facebooknya.

7. Wartawan bertanya kepada Wahab bolehkah panggilan video dibuat tanpa audio? Wahab jawab no comment.

Apakah perbualan asal, Wahab berkata ia perbualan santai.

8. Agus melakukan sidang media tanpa membaca teks, manakala Wahab membaca teks.

Baca:

Ini 3 langkah urutan mudah supaya anak cepat bercakap, ada ibu sahkan nampak perubahan

Ramai pandang remeh faedah berjalan, senaman mudah ini terbukti jadikan wanita lebih menawan

“Bagus orang Selangor, tak makan wang haram” – MAIS puji tindakan salur RM1.8 juta wang haram ke baitulmal