Ketika melancong ke luar negara, sering kali kita terpesona dengan budaya tempatan dan keunikannya sehingga kita mudah lupa tentang bahaya yang mungkin mengancam.
Situasi ini memberi peluang kepada penjenayah untuk meragut atau mencuri barang berharga yang kita bawa
. Namun, antara perkara paling menakutkan ketika melancong adalah kehilangan pasport.
Pasport adalah dokumen utama untuk perjalanan luar negara dan kehilangannya boleh menyebabkan anda terkandas di negara asing.
Jika anda menghadapi situasi ini, berikut adalah perkara yang perlu anda lakukan menurut peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid.
1. Jika kehilangan pasport semasa melancong ke negara asing, segera laporkan kehilangannya kepada pejabat kedutaan atau konsulat terdekat.
2. Mereka akan memberikan anda arahan tentang cara memohon pasport baru dan juga memberikan dokumen perjalanan kecemasan untuk pulang ke negara asal.
3. Ambil langkah untuk menjaga keselamatan peribadi dengan melaporkan kehilangan pasport kepada polis tempatan dan mendapatkan dokumen perjalanan sementara atau visa gantian seperti yang diperlukan.
Selain itu, anda digalakkan supaya sentiasa sedia salinan pasport dan pengenalan diri supaya memudahkan urusan berkaitan.
BACA :Baru setahun beli rumah, cat dinding menggelupas, ini 4 tips yang ramai tak perasan